Bagaimanakah Google melindungi privasi saya dan mengekalkan maklumat saya selamat?

Kami tahu keselamatan dan privasi itu penting kepada anda – dan penting kepada kami juga. Menyediakan keselamatan yang kukuh dan memberi anda keyakinan bahawa maklumat anda selamat dan boleh diakses apabila anda memerlukannya menjadi keutamaan kami.

Kami sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan yang kukuh, melindungi privasi anda dan menjadikan Google lebih berkesan dan cekap untuk anda. Kami menghabiskan beratus-ratus juta dolar setiap tahun untuk aspek keselamatan dan melantik pakar dalam bidang keselamatan data yang terkenal di dunia untuk memastikan maklumat anda sentiasa selamat. Kami turut membina alat privasi dan keselamatan yang mudah digunakan seperti Papan Pemuka Google, pengesahan 2 langkah dan tetapan iklan diperibadikan yang ditemukan dalam Pusat Iklan Saya. Jadi, apabila menyentuh tentang maklumat yang anda kongsi dengan Google, andalah yang mengawalnya.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang keselamatan dalam talian, termasuk cara melindungi diri dan keluarga anda dalam talian, di Pusat Keselamatan Google.

Ketahui lebih lanjut tentang cara kami memastikan maklumat peribadi anda sulit dan selamat — dan membolehkan anda mengawal maklumat anda.

Mengapakah akaun saya dikaitkan dengan negara?

Akaun anda dikaitkan dengan negara (atau wilayah) dalam Syarat Perkhidmatan supaya kami dapat menentukan dua perkara:

  1. Ahli gabungan Google yang menyediakan perkhidmatan, memproses maklumat anda dan bertanggungjawab mematuhi undang-undang privasi yang dikenakan. Secara umumnya, Google menawarkan perkhidmatan pengguna melalui salah satu antara dua syarikat:
    1. Google Ireland Limited, jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah (negara EU termasuk Iceland, Liechtenstein dan Norway) atau Switzerland
    2. Google LLC, berpusat operasi di Amerika Syarikat, untuk seluruh dunia
  2. Versi syarat yang mengawal perhubungan kita, yang boleh berbeza bergantung pada undang-undang tempatan

Harap maklum bahawa perkhidmatan Google adalah sama pada dasarnya tanpa mengira ahli gabungan yang memberikan perkhidmatan atau perkaitan negara.

Menentukan negara yang dikaitkan dengan akaun anda

Apabila anda membuat akaun baharu, kami mengaitkan akaun anda dengan negara berdasarkan lokasi anda membuat Akaun Google anda. Untuk akaun yang sudah dibuat sekurang-kurangnya setahun, kami menggunakan negara yang biasanya anda akses perkhidmatan Google — biasanya lokasi yang anda luangkan paling banyak masa pada tahun sebelumnya.

Secara umumnya, perjalanan yang kerap tidak mempengaruhi negara yang dikaitkan dengan akaun anda. Jika anda berpindah ke negara baharu, perkaitan negara anda boleh mengambil masa kira-kira setahun untuk dikemas kini.

Jika negara yang dikaitkan dengan akaun anda tidak sepadan dengan negara kediaman anda, mungkin hal ini disebabkan anda tinggal dan bekerja di negara yang berbeza, anda telah memasang Rangkaian Peribadi Maya (VPN) untuk menyembunyikan alamat IP anda atau anda tinggal berdekatan dengan sempadan wilayah. Hubungi kami jika anda berpendapat terdapat kesilapan pada perkaitan negara anda.

Bagaimana hendak mengalih keluar maklumat mengenai diri saya daripada hasil carian Google?

Hasil carian Google ialah gambaran kandungan yang tersedia secara umum di web. Enjin carian tidak boleh mengalih keluar kandungan terus daripada tapak web, oleh itu mengalih keluar hasil carian daripada Google tidak akan mengalih keluar kandungan tersebut daripada web. Jika anda mahu mengalih keluar sesuatu daripada web, anda perlu menghubungi juruweb tapak kandungan yang menyiarkan kandungan tersebut dan minta beliau membuat perubahan. Apabila kandungan telah dialih keluar dan Google telah memaklumi kemas kini tersebut, maklumat ini tidak lagi akan dipaparkan dalam hasil carian Google. Jika anda mempunyai permintaan pengalihan keluar segera, anda juga boleh melawati halaman bantuan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah pertanyaan carian saya dihantar ke laman web apabila saya klik pada hasil Carian Google?

Biasanya, tidak. Apabila anda mengklik hasil carian dalam Google Search, penyemak imbas web anda akan menghantar maklumat tertentu kepada halaman web destinasi. Istilah carian anda mungkin dipaparkan dalam alamat Internet atau URL halaman hasil carian tersebut tetapi Google Search dimaksudkan untuk menghalang penyemak imbas daripada menghantar URL kepada halaman destinasi sebagai URL Perujuk. Kami menyediakan data tentang pertanyaan carian melalui Google Trends dan Google Search Console tetapi apabila kami berbuat demikian, kami akan mengumpulkan semua pertanyaan untuk memastikan kami berkongsi pertanyaan yang dibuat oleh berbilang pengguna sahaja.

Apl Google
Menu utama