Laporan Ketelusan Akses dan Pemadaman Data

Seperti yang tercatat dalam Dasar Privasi Google dan Pusat Bantuan Privasi, kami menyenggara pelbagai alat untuk membolehkan pengguna mengemaskinikan, mengurus, mengakses, membetulkan, mengeksport dan memadamkan maklumat mereka serta mengawal privasi mereka merentas perkhidmatan Google. Secara khususnya, jutaan pengguna di A.S. menggunakan ciri Muat turun data anda oleh Google atau memadamkan sesetengah data mereka menggunakan ciri Aktiviti Saya oleh Google pada setiap tahun. Alatan ini membolehkan pengguna memilih jenis data tertentu merentas perkhidmatan Google yang mahu disemak, dimuat turun atau dipadamkan, dengan permintaan diproses secara automatik. Selain itu, pengguna boleh menggunakan hak mereka menurut undang-undang privasi tertentu seperti Akta Privasi Pengguna California (“CCPA”) dengan menghubungi Google.

Jadual di bawah memberikan maklumat lanjut tentang penggunaan alatan ini dan kaedah hubungan pada tahun 2023:

Jenis permintaanBilangan permintaanPermintaan dilengkapkan sepenuhnya atau sebahagiannyaPermintaan ditolak***Purata masa untuk memberikan respons secara substantif
Penggunaan muat turun data anda*Lebih kurang 8.8 jutaLebih kurang 8.8 jutaT/B (permintaan diproses secara automatik)Kurang daripada 1 hari (permintaan diproses secara automatik)
Penggunaan pemadaman Aktiviti Saya*Lebih kurang 60.6 jutaLebih kurang 60.6 jutaT/B (permintaan diproses secara automatik)Kurang daripada 1 hari (permintaan diproses secara automatik)
Permintaan untuk mengetahui (melalui cara menghubungi Google)**42442226 hari
Permintaan untuk memadam (melalui cara menghubungi Google)**323207 hari
Permintaan untuk membuat pembetulan (melalui cara menghubungi Google)**000T/B

Seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi kami, Google tidak menjual maklumat peribadi pengguna kami dan menggunakan maklumat peribadi yang dianggap oleh CCPA sebagai sensitif hanya untuk tujuan yang dibenarkan oleh CCPA. Maka, apabila pengguna menyerahkan permintaan untuk menarik diri daripada penjualan maklumat peribadi atau mengehadkan penggunaan maklumat peribadi mereka yang bersifat sensitif, kami membalas permintaan itu dengan menjelaskan amalan dan komitmen kami. Kami memberi pengguna maklumat tentang keadaan terhad maklumat peribadi mereka yang mungkin dikongsi di luar Google dan kawalan yang ada pada mereka berhubung perkongsian tersebut serta kawalan tambahan terhadap pengumpulan dan penggunaan maklumat sensitif yang mungkin tersedia bergantung pada perkhidmatan Google yang digunakan oleh mereka.

* Data untuk pengguna yang berpangkalan di A.S.

** Data untuk pengguna yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk California

*** Setiap permintaan yang telah ditolak pada tahun 2023 telah ditolak sama ada kerana permintaan itu tidak dapat disahkan atau pengguna menarik balik permintaan

Apl Google
Menu utama