Laporan Ketelusan Akses dan Pemadaman Data

Seperti yang diperihalkan dalam Dasar Privasi Google dan Pusat Bantuan Privasi, kami menyenggara pelbagai alat untuk pengguna mengemas kini, mengurus, mengakses, mengeksport dan memadamkan maklumat mereka dan untuk mengawal privasi mereka di seluruh perkhidmatan Google. Secara khususnya, berjuta-juta pengguna di A.S. menggunakan ciri Muat turun data anda Google atau memadamkan sesetengah data mereka menggunakan ciri Aktiviti Saya Google pada setiap tahun. Alatan ini membolehkan pengguna memilih jenis data tertentu di seluruh perkhidmatan Google yang ingin disemak, dimuat turun atau dipadamkan, dengan permintaan diproses secara automatik. Selain itu, pengguna boleh menggunakan hak mereka di bawah undang-undang privasi tertentu seperti Akta Privasi Pengguna California dengan menghubungi Google.

Jadual di bawah menyediakan maklumat lanjut tentang penggunaan alatan ini dan kaedah hubungan pada 2022:

Jenis permintaanBilangan permintaanPermintaan dilengkapkan sepenuhnya atau sebahagiannyaPermintaan ditolakPurata masa untuk memberikan respons secara substantif
Penggunaan muat turun data anda*Lebih kurang 7.5 jutaLebih kurang 7.5 jutaT/B (permintaan diproses secara automatik)Kurang daripada 1 hari (permintaan diproses secara automatik)
Penggunaan pemadaman Aktiviti Saya*Lebih kurang 54.7 jutaLebih kurang 54.7 jutaT/B (permintaan diproses secara automatik)Kurang daripada 1 hari (permintaan diproses secara automatik)
Permintaan untuk mengetahui (melalui cara menghubungi Google)**839839020 hari
Permintaan untuk memadam (melalui cara menghubungi Google)**8080023 hari

Seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi kami, Google tidak menjual maklumat peribadi pengguna kami. Maka, apabila pengguna menyerahkan permintaan untuk menarik diri daripada penjualan maklumat peribadi, kami membalas permintaan itu dengan menerangkan amalan dan komitmen kami serta memberikan maklumat kepada mereka tentang keadaan terhad maklumat peribadi mereka mungkin dikongsi di luar Google dan kawalan yang mereka ada berhubung perkongsian tersebut.

* Data untuk pengguna yang berpangkalan di A.S.

** Data untuk pengguna yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk California

Apl Google
Menu utama