Dasar Privasi Google

Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, itu bermakna anda mengamanahkan maklumat anda kepada kami. Kami faham bahawa ini merupakan tanggungjawab yang besar dan kami bekerja keras untuk melindungi maklumat anda serta meletakkan kawalan di tangan anda.

Dasar Privasi ini bertujuan untuk membantu anda memahami jenis maklumat yang kami kumpulkan dan tujuannya serta cara anda boleh mengemas kini, mengurus, mengeksport dan memadamkan maklumat anda.

Berkuat kuasa 25 Mei 2018 | Versi-versi arkib | Muat turun PDF

Kami membinakan pelbagai perkhidmatan yang membantukan berjuta-juta insan untuk meneroka dan berinteraksi dengan dunia melalui cara-cara yang baharu setiap hari. Perkhidmatan kami termasuk:

  • Apl, tapak-tapak dan peranti-peranti Google seperti Carian, YouTube dan Google Home
  • Platform seperti penyemak imbas Chrome dan sistem pengendalian Android
  • Produk yang disepadukan dalam apl serta tapak-tapak pihak ketiga, seperti iklan-iklan dan Peta Google yang dibenamkan

Privasi anda boleh diuruskan melalui pelbagai cara dengan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Sebagai contoh, anda boleh mendaftar untuk sebuah Akaun Google jika anda ingin menciptakan dan menguruskan kandungan-kandungan seperti e-mel dan foto atau melihat hasil-hasil carian yang lebih berkaitan. Anda juga boleh menggunakan berbagai-bagai perkhidmatan Google walaupun tanpa mendaftar masuk atau tanpa mencipta sebuah akaun pun, misalnya membuat carian di Google atau menonton video YouTube. Anda juga boleh memilih untuk melayari web secara sulit dengan menggunakan Chrome dalam mod Inkognito. Di samping itu, anda boleh mengubah suai tetapan-tetapan privasi anda untuk mengawal maklumat yang kami kumpul dan cara maklumat anda digunakan dalam semua perkhidmatan kami.

Untuk membantu kami menjelaskan perkara ini dengan sebaik-baiknya, kami telah menambahkan pelbagai contoh, video penjelasan dan takrif bagi istilah-istilah penting. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Dasar Privasi ini, anda boleh menghubungi kami.

Maklumat yang dikumpul oleh Google

Kami mahu anda memahami jenis-jenis maklumat yang kami kumpul apabila anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami

Kami mengumpulkan maklumat untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik kepada semua pengguna kami – daripada memahami perkara asas seperti bahasa yang anda tuturkan, kepada perkara yang lebih rumit seperti iklan-iklan yang anda akan dapati lebih berguna, orang yang paling penting bagi anda dalam talian atau video-video YouTube yang mungkin anda sukai. Maklumat yang dikumpulkan oleh Google dan cara maklumat itu digunakan, bergantung pada cara anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami dan cara anda menguruskan kawalan privasi anda.

Apabila anda tidak daftar masuk ke Akaun Google, kami menyimpan maklumat yang kami kumpulkan bersama dengan pengecam-pengecam unik yang dikaitkan kepada penyemak imbas, aplikasi atau peranti yang anda guna. Ini membantu kami melakukan pelbagai perkara seperti mengekalkan pilihan bahasa anda pada semua sesi-sesi semak imbas.

Apabila anda daftar masuk, kami juga mengumpulkan maklumat yang kami simpan dengan Akaun Google anda, yang kami kendalikan sebagai maklumat peribadi.

Perkara-perkara yang anda buat atau berikan kepada kami

Apabila anda mencipta Akaun Google, anda memberi kami maklumat peribadi yang merangkumi nama dan kata laluan anda. Anda juga boleh memilih untuk menambahkan nombor telefon atau maklumat pembayaran pada akaun anda. Walaupun anda tidak daftar masuk ke Akaun Google, anda mungkin memilih untuk memberi kami maklumat - seperti alamat e-mel untuk menerima kemas kini tentang perkhidmatan-perkhidmatan kami.

Kami juga mengumpulkan kandungan yang anda cipta, muat naik atau terima daripada orang lain semasa menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Ini termasuk perkara-perkara seperti e-mel yang anda tulis dan terima, foto-foto serta video-video yang anda simpan, dokumen-dokumen serta hamparan-hamparan yang anda cipta dan komen-komen yang anda buat pada video-video YouTube.

Maklumat yang kami kumpulkan semasa anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami

Apl, penyemak-penyemak imbas & peranti-peranti anda

Kami mengumpulkan maklumat tentang apl, penyemak-penyemak imbas dan peranti-peranti yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan-perkhidmatan Google, yang membantu kami menyediakan ciri-ciri seperti kemas kini produk automatik dan memalapkan skrin jika bateri anda lemah.

Maklumat yang kami kumpul termasuk pengecam-pegecam unik, jenis dan tetapan-tetapan penyemak imbas, jenis dan tetapan-tetapan peranti, sistem pengendalian, maklumat rangkaian mudah alih termasuk nama pembawa, nombor telefon dan nombor versi apl. Kami juga mengumpulkan maklumat tentang interaksi apl, penyemak-penyemak imbas dan peranti-peranti anda dengan perkhidmatan-perkhidmatan kami, termasuk alamat IP, laporan-laporan ranap sistem, aktiviti sistem dan tarikh, masa serta URL perujuk bagi permintaan anda.

Kami mengumpulkan maklumat ini apabila perkhidmatan Google pada peranti anda menghubungi pelayan-pelayan kami — sebagai contoh, apabila anda memasang apl daripada Gedung Play atau apabila perkhidmatan menyemak untuk kemas kini automatik. Jika anda menggunakan peranti Android dengan apl Google, peranti anda akan menghubungi pelayan-pelayan Google secara berkala untuk memberikan maklumat tentang peranti anda dan sambungan kepada perkhidmatan-perkhidmatan kami. Maklumat ini termasuk perkara-perkara seperti jenis peranti, nama pembawa, laporan-laporan ranap sistem dan apl yang telah dipasang.

Aktiviti anda

Kami mengumpulkan maklumat tentang aktiviti anda dalam perkhidmatan-perkhidmatan kami, yang kami gunakan untuk melakukan pelbagai perkara seperti mengesyorkan video YouTube yang mungkin anda sukai. Maklumat aktiviti yang kami kumpul mungkin termasuk:

Jika anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami untuk membuat serta menerima panggilan-panggilan atau menghantar serta menerima mesej-mesej, kami mungkin mengumpulkan maklumat log telefoni seperti nombor telefon anda, nombor pihak yang memanggil, nombor pihak penerima, nombor-nombor pemajuan, masa dan tarikh panggilan serta mesej, tempoh panggilan, maklumat penghalaan dan jenis panggilan.

Anda boleh melawati Akaun Google anda untuk mencari dan menguruskan maklumat aktiviti yang disimpan dalam akaun anda.

Maklumat lokasi anda

Kami mengumpulkan maklumat tentang lokasi anda apabila anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami, yang membantu kami menawarkan pelbagai ciri seperti arah-arah pemanduan untuk percutian hujung minggu atau waktu-waktu tayangan filem-filem yang ditayangkan di pawagam berdekatan anda.

Lokasi anda boleh ditentukan pada darjah ketepatan yang berbeza-beza melalui:

Jenis data lokasi yang kami kumpul sebahagiannya bergantung pada tetapan-tetapan peranti dan akaun anda. Sebagai contoh, anda boleh menghidupkan atau mematikan lokasi peranti Android anda menggunakan apl tetapan peranti. Anda juga boleh menghidupkan Sejarah Lokasi jika anda ingin menyimpan dan mengurus maklumat lokasi dalam akaun anda.


Dalam sesetengah keadaan, Google juga mengumpulkan maklumat tentang anda daripada sumber yang boleh diakses secara umum. Sebagai contoh, jika nama anda terpapar di akhbar tempatan, enjin Carian Google mungkin mengindekskan artikel itu dan memaparkannya kepada orang lain jika mereka mencari nama anda. Kami juga mungkin mengumpulkan maklumat tentang anda daripada rakan-rakan kongsi yang dipercayai, termasuk rakan-rakan pemasaran yang memberi kami maklumat tentang bakal pelanggan bagi perkhidmatan-perkhidmatan perniagaan kami dan rakan-rakan kongsi keselamatan yang memberi kami maklumat untuk melindungi kami daripada penyalahgunaan. Kami juga menerima maklumat daripada para pengiklan untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pengiklanan dan penyelidikan bagi pihak mereka.

Kami menggunakan pelbagai teknologi untuk mengumpulkan dan menyimpan maklumat, termasuk kuki-kuki, teg-teg piksel, storan setempat, seperti storan web penyemak imbas atau cache data aplikasi, pangkalan-pangkalan data dan log-log pelayan.

Sebab Google mengumpulkan data

Kami menggunakan data untuk membinakan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik

Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan daripada semua perkhidmatan kami untuk tujuan berikut:

Menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kami

Kami menggunakan maklumat anda untuk menyampaikan perkhidmatan-perkhidmatan kami, seperti memproseskan istilah-istilah yang anda cari untuk mengembalikan hasil-hasil carian atau membantu anda berkongsi kandungan dengan mencadangkan penerima-penerima daripada senarai kenalan anda.

Menyelenggara & meningkatkan perkhidmatan-perkhidmatan kami

Kami juga menggunakan maklumat anda untuk memastikan perkhidmatan-perkhidmatan kami berfungsi seperti yang diharap, seperti menjejaki gangguan-gangguan atau isu-isu penyelesaian masalah yang anda laporkan kepada kami. Kami juga menggunakan maklumat anda untuk membuat perbaikan pada perkhidmatan-perkhidmatan kami — sebagai contoh, tindakan memahami istilah-istilah carian yang paling sering disalah eja membantu kami memperbaikkan ciri-ciri semakan ejaan yang digunakan di seluruh perkhidmatan kami.

Membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan baharu

Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada untuk membantu kami membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan yang baharu. Sebagai contoh, tindakan memahami cara orang menyusun foto mereka di Picasa, iaitu apl foto pertama Google, telah membantu kami mereka bentuk dan melancarkan Google Photos.

Menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperibadikan, termasuk kandungan dan iklan

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpul untuk menyesuaikan perkhidmatan-perkhidmatan kami untuk anda, termasuk memberikan cadangan-cadangan, kandungan yang diperibadikan dan hasil-hasil carian tersuai. Sebagai contoh, Pemeriksaan Keselamatan menyediakan petua-petua keselamatan yang disesuaikan dengan cara anda menggunakan produk-produk Google. Google Play juga menggunakan maklumat seperti apl yang telah anda pasang dan video yang telah anda tonton di YouTube untuk mencadangkan apl baharu yang anda mungkin sukai.

Bergantung pada tetapan-tetapan anda, kami juga mungkin menunjukkan iklan-iklan yang diperibadikan berdasarkan minat anda. Sebagai contoh, jika anda membuat carian untuk “basikal-basikal bukit”, anda mungkin melihat iklan untuk peralatan sukan apabila anda menyemak imbas tapak yang menunjukkan iklan-iklan yang disiarkan oleh Google. Anda boleh mengawal maklumat yang kami gunakan untuk menunjukkan iklan-iklan kepada anda dengan melawati tetapan-tetapan iklan anda.

  • Kami tidak menunjukkan iklan-iklan yang diperibadikan berdasarkan kategori-kategori yang sensitif, seperti bangsa, agama, orientasi seksual atau kesihatan.
  • Kami tidak akan berkongsi maklumat yang mengecam anda secara peribadi, seperti nama atau e-mel dengan pengiklan melainkan jika anda meminta kami berbuat demikian. Sebagai contoh, jika anda melihat iklan untuk kedai bunga berdekatan dan memilih butang “ketik untuk memanggil”, kami akan menyambungkan panggilan anda dan mungkin berkongsi nombor telefon anda dengan kedai bunga tersebut.

Ukur prestasi

Kami menggunakan data untuk tujuan analisis dan pengukuran untuk memahami cara perkhidmatan-perkhidmatan kami digunakan. Sebagai contoh, kami menganalisis data tentang lawatan-lawatan anda ke tapak-tapak kami untuk melakukan perkara-perkara seperti mengoptimumkan reka bentuk produk. Selain itu, kami juga menggunakan data daripada interaksi iklan anda untuk membantu para pengiklan memahami prestasi kempen-kempen iklan mereka. Kami menggunakan pelbagai alatan untuk melakukan perkara ini, termasuk Analitis Google. Apabila anda melawati tapak-tapak yang menggunakan Analitis Google, pelanggan Google dan Analitis Google mungkin memautkan maklumat tentang aktiviti anda daripada tapak tersebut dengan aktiviti daripada tapak-tapak lain yang menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan iklan kami.

Berkomunikasi dengan anda

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpul, seperti alamat e-mel anda, untuk berinteraksi dengan anda secara langsung. Sebagai contoh, kami mungkin menghantar pemberitahuan kepada anda jika kami mengesan aktiviti yang mencurigakan, seperti percubaan untuk daftar masuk ke Akaun Google anda dari lokasi yang tidak biasa. Kami juga mungkin memberitahu anda tentang perubahan-perubahan atau perbaikan-perbaikan yang akan datang kepada perkhidmatan-perkhidmatan kami. Selain itu, jika anda menghubungi Google, kami akan menyimpan rekod permintaan anda untuk membantu anda menyelesaikan sebarang isu yang mungkin anda hadapi.

Melindungi Google, pengguna-pengguna kami dan orang ramai

Kami menggunakan maklumat untuk membantu kami meningkatkan tahap keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Ini termasuk mengesan, menghalang dan bertindak balas terhadap penipuan, penyalahgunaan, risiko keselamatan dan isu-isu teknikal yang dapat membahayakan Google, pengguna-pengguna kami atau orang ramai.


Kami menggunakan beberapa teknologi yang berlainan untuk memproses maklumat anda untuk tujuan ini. Kami menggunakan system-sistem automatik yang menganalisis kandungan anda untuk memberi anda perkara-perkara seperti hasil-hasil carian yang tersuai, iklan-iklan yang diperibadikan atau ciri-ciri lain yang disesuaikan dengan cara anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Kami juga menganalisis kandungan anda untuk membantu kami mengesan penyalahgunaan seperti spam, perisian hasad dan kandungan haram. Kami juga menggunakan algoritma untuk mengenal pasti pola-pola dalam data. Sebagai contoh, Google Terjemah membantu orang berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dengan mengesan pola-pola bahasa biasa dalam frasa-frasa yang anda minta kami terjemah.

Kami mungkin menggabungkan maklumat yang kami kumpulkan dalam kalangan perkhidmatan-perkhidmatan kami dan pada semua peranti anda untuk tujuan yang diterangkan di atas. Sebagai contoh, jika anda menonton video pemain-pemain gitar di YouTube, anda mungkin melihat iklan untuk kelas-kelas gitar di tapak web yang menggunakan produk-produk iklan kami. Bergantung pada tetapan-tetapan akaun anda, aktiviti anda di tapak dan apl lain mungkin dikaitkan dengan maklumat peribadi anda untuk meningkatkan mutu perkhidmatan-perkhidmatan Google dan iklan-iklan yang disampaikan oleh Google.

Jika pengguna-pengguna lain sudah pun mempunyai alamat e-mel atau maklumat lain yang mengenal pasti anda, kami mungkin menunjukkan maklumat Akaun Google anda yang boleh dikelihatan kepada umum, seperti nama dan foto anda kepada mereka. Contohnya, ini membantu orang mengenal pasti e-mel yang berasal daripada anda.

Kami akan memintakan persetujuan anda sebelum menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang tidak dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

Kawalan privasi anda

Anda mempunyai pilihan berhubung maklumat yang kami kumpulkan dan cara maklumat itu digunakan

Bahagian ini menerangkan kawalan utama untuk mengurus privasi anda di seluruh perkhidmatan kami. Anda juga boleh melawati Semakan Privasi, yang memberikan peluang untuk menyemak dan melaraskan tetapan-tetapan privasi yang penting. Di samping alatan-alatan ini, kami juga menawarkan tetapan-tetapan privasi khusus dalam produk-produk kami — anda boleh mengetahui lebih lanjut di Panduan Privasi Produk.

Mengurus, menyemak dan mengemas kini maklumat anda

Apabila anda daftar masuk, anda boleh menyemak dan mengemas kini maklumat dengan melawati perkhidmatan-perkhidmatan yang anda guna pada bila-bila masa. Sebagai contoh, kedua-dua Photos dan Drive direka untuk membantu anda menguruskan jenis kandungan tertentu yang telah disimpan dengan Google.

Kami juga menyediakan tempat untuk anda menyemak dan mengawalkan maklumat yang disimpan dalam Akaun Google anda. Akaun Google anda termasuk:

Kawalan privasi

Kawalan Aktiviti

Tentukan jenis-jenis aktiviti yang ingin disimpan dalam akaun anda. Sebagai contoh, anda boleh menghidupkan Sejarah Lokasi jika anda mahu menerima ramalan keadaan trafik untuk perjalanan ulang-alik harian anda atau anda boleh menyimpan Sejarah Tontonan YouTube untuk mendapatkan cadangan video yang lebih baik.

Pergi ke Kawalan Aktiviti

Tetapan iklan

Urus pilihan anda tentang iklan-iklan yang ditunjukkan kepada anda di Google dan di tapak-tapak serta apl yang bekerjasama dengan Google untuk memaparkan iklan-iklan. Anda boleh mengubah suai minat-minat anda, memilih sama ada maklumat peribadi anda digunakan untuk menjadikan iklan-iklan lebih berkaitan dengan anda dan menghidupkan atau mematikan perkhidmatan-perkhidmatan pengiklanan tertentu.

Pergi ke Tetapan Iklan

Perihal anda

Kawal butiran yang dilihat oleh orang lain tentang anda di seluruh perkhidmatan Google.

Pergi ke Perihal Anda

Saranan kenalan

Pilih sama ada nama dan foto anda dipaparkan di sebelah aktiviti anda, seperti ulasan-ulasan dan pengesyoran-pengesyoran, yang dipaparkan dalam iklan-iklan.

Pergi ke Saranan Kenalan

Maklumat yang anda kongsi

Kawal orang yang anda berkongsi maklumat dengannya melalui akaun anda di Google+.

Pergi ke Maklumat yang Anda Kongsi

Cara-cara untuk menyemak & mengemas kini maklumat anda

Aktiviti Saya

Aktiviti Saya membolehkan anda menyemak dan mengawal data yang dicipta semasa anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan Google, seperti carian-carian yang telah anda lakukan atau lawatan-lawatan ke Google Play. Anda boleh menyemak imbas mengikut tarikh serta topik dan memadamkan sebahagian atau kesemua aktiviti anda.

Pergi ke Aktiviti Saya

Papan Pemuka Google

Papan Pemuka Google membolehkan anda mengurus maklumat yang berkaitan dengan produk tertentu.

Pergi ke Papan Pemuka

Maklumat peribadi anda

Urus maklumat hubungan anda, seperti nama, e-mel dan nombor telefon.

Pergi ke Maklumat Peribadi

Apabila anda didaftar keluar, anda boleh menguruskan maklumat yang berkaitan dengan penyemak imbas atau peranti anda, termasuk:

  • Pemperibadian carian selepas daftar keluar: Pilih sama ada aktiviti carian anda digunakan untuk menawarkan hasil-hasil dan pengesyoran-pengesyoran yang lebih berkaitan.
  • Tetapan-tetapan YouTube: Jeda dan padamkan Sejarah Carian YouTube dan Sejarah Tontonan YouTube anda.
  • Tetapan Iklan: Urus pilihan anda tentang iklan-iklan yang ditunjukkan kepada anda di Google dan di tapak-tapak serta apl yang bekerjasama dengan Google untuk memaparkan iklan-iklan.

Mengeksportkan, mengalih keluarkan & memadamkan maklumat anda

Anda boleh mengeksport salinan kandungan dalam Akaun Google anda jika anda mahu menyandarkannya atau menggunakannya dengan perkhidmatan di luar Google.

Anda juga boleh meminta untuk mengalih keluarkan kandungan daripada perkhidmatan-perkhidmatan Google yang tertentu berdasarkan undang-undang yang berkenaan.

Untuk memadamkan maklumat, anda boleh:

Akhir sekali, Pengurus Akaun Tidak Aktif membolehkan anda memberi orang lain akses kepada sebahagian Akaun Google anda sekiranya anda tidak dapat menggunakan akaun anda lagi secara tiba-tiba.


Terdapat cara-cara lain untuk mengawal maklumat yang dikumpul oleh Google tanpa mengira sama ada anda daftar masuk ke Akaun Google atau tidak, yang termasuk:

  • Tetapan-tetapan penyemak imbas: Sebagai contoh, anda boleh mengkonfigurasi penyemak imbas anda supaya menunjukkan apabila Google telah menetapkan kuki pada penyemak imbas anda. Anda juga boleh mengkonfigurasi penyemak imbas anda supaya menyekat semua kuki daripada domain tertentu atau semua domain. Tetapi perlu diingat bahawa perkhidmatan-perkhidmatan kami bergantung pada kuki untuk berfungsi dengan betul, untuk pelbagai perkara seperti mengingati pilihan bahasa anda.
  • Tetapan tahap peranti: Peranti anda mungkin ada kawalan yang menentukan maklumat yang kami kumpul. Sebagai contoh, anda boleh mengubah suai tetapan lokasi pada peranti Android anda.

Berkongsi maklumat anda

Apabila anda berkongsi maklumat anda

Kebanyakan perkhidmatan kami membolehkan anda berkongsi maklumat dengan orang lain dan anda mempunyai kawalan terhadap cara anda berkongsi. Sebagai contoh, anda boleh berkongsi video-video di YouTube secara terbuka atau anda boleh memutuskan untuk menyimpan video anda secara tertutup. Ingat, apabila anda berkongsi maklumat secara terbuka, kandungan anda mungkin akan dapat diakses melalui enjin-enjin carian, termasuk Carian Google.

Apabila anda daftar masuk dan berinteraksi dengan sesetengah perkhidmatan Google, seperti meninggalkan komen-komen pada video YouTube atau mengulas lagu di Play, nama dan foto anda akan dipaparkan di sebelah aktiviti anda. Kami juga mungkin memaparkan maklumat ini dalam iklan-iklan bergantung pada tetapan Saranan Kenalan anda.

Apabila Google berkongsi maklumat anda

Kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat-syarikat, organisasi-organisasi atau individu-individu di luar Google kecuali dalam keadaan berikut:

Dengan keizinan anda

Kami akan berkongsi maklumat peribadi di luar Google apabila kami mendapat persetujuan anda. Sebagai contoh, jika anda menggunakan Google Home untuk memintakan perjalanan daripada perkhidmatan perkongsian perjalanan, kami akan mendapatkan kebenaran anda sebelum berkongsi alamat anda dengan perkhidmatan itu. Kami akan memintakan persetujuan yang jelas daripada anda untuk berkongsi sebarang maklumat peribadi yang sensitif.

Dengan pentadbir domain

Jika anda seorang pelajar atau bekerja di organisasi yang menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan Google (seperti G Suite), pentadbir domain dan penjual-penjual semula yang mengurus akaun anda akan mempunyai akses kepada Akaun Google anda. Mereka mungkin dapat:

  • Mengakses dan mengekalkan maklumat yang disimpan dalam akaun anda, seperti e-mel anda
  • Melihat statistic-statistik berkenaan akaun anda, seperti bilangan apl yang dipasang
  • Menukarkan kata laluan akaun anda
  • Menggantungkan atau menamatkan akses akaun anda
  • Menerima maklumat akaun anda untuk mematuhi undang-undang, peraturan, proses undang-undang yang berkaitan atau arahan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan
  • Mengehadkan keupayaan anda untuk memadamkan atau mengeditkan maklumat atau tetapan-tetapan privasi

Untuk pemprosesan luar

Kami memberikan maklumat peribadi kepada anggota-anggota gabungan dan perniagaan-perniagaan atau orang-orang yang dipercayai untuk memproses maklumat ini untuk kami, berdasarkan arahan-arahan kami dan dengan cara yang mematuhi Dasar Privasi kami dan sebarang langkah kerahsiaan dan keselamatan lain yang bersesuaian. Sebagai contoh, kami menggunakan penyedia-penyedia perkhidmatan untuk membantu kami menyediakan sokongan pelanggan.

Untuk tujuan undang-undang

Kami akan berkongsi maklumat peribadi di luar Google jika kami mempunyai kepercayaan yang suci hati bahawa akses, penggunaan, pemeliharaan atau penzahiran maklumat tersebut adalah wajar untuk:

  • Mematuhi sebarang undang-undang yang bersesuaian, peraturan, proses undang-undang atau arahan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan. Kami akan berkongsi maklumat tentang bilangan dan jenis arahan yang kami terima daripada kerajaan dalam Laporan Ketelusan kami.
  • Menguatkuasakan Syarat Perkhidmatan yang berkenaan, termasuk menyiasat pelanggaran-pelanggaran yang mungkin berlaku.
  • Mengesan, menghalang atau menangani isu-isu penipuan, keselamatan atau teknikal.
  • Melindungi daripada bahaya terhadap hak-hak, harta atau keselamatan Google, pengguna-pengguna kami atau orang ramai seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi yang tidak boleh dikenal pasti secara terbuka dan dengan rakan-rakan kongsi kami — seperti para penerbit, para pengiklan, pembangun-pembangun atau pemegang-pemegang hak. Sebagai contoh, kami berkongsi maklumat secara terbuka untuk menunjukkan arah aliran tentang penggunaan am perkhidmatan-perkhidmatan kami. Kami juga membenarkan rakan-rakan kongsi tertentu untuk mengumpulkan maklumat daripada penyemak imbas atau peranti anda untuk tujuan pengiklanan dan pengukuran menggunakan kuki-kuki atau teknologi-teknologi yang serupa.

Sekiranya Google terlibat dalam penggabungan, pemerolehan atau penjualan aset, kami akan terus menjamin kerahsiaan maklumat peribadi anda dan memberikan notis kepada pengguna-pengguna yang terbabit sebelum maklumat peribadi dipindahkan atau diletakkan di bawah dasar privasi yang lain.

Memastikan maklumat anda selamat

Kami membinakan keselamatan dalam perkhidmatan-perkhidmatan kami untuk melindungi maklumat anda

Semua produk Google dibina dengan ciri-ciri keselamatan yang kukuh yang sentiasa melindungi maklumat anda. Cerapan yang diperolehi daripada menyelenggara perkhidmatan-perkhidmatan kami membantu kami mengesan dan menghalang ancaman-ancaman keselamatan secara automatik daripada sampai kepada anda. Jika kami mengesan sesuatu yang berisiko yang pada pendapat kami, anda harus tahu tentangnya, kami akan memberitahu anda dan membantu dalam membimbing anda melalui langkah-langkah untuk memastikan anda dilindungi dengan lebih baik.

Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk melindungi anda dan Google daripada akses, pemindaan, penzahiran atau pemusnahan tanpa kebenaran terhadap maklumat yang kami pegang, yang termasuk:

  • Kami menggunakan penyulitan untuk memastikan data anda dirahsiakan semasa dalam transit
  • Kami menawarkan pelbagai ciri keselamatan, seperti Penyemakan Imbas Selamat, Pemeriksaan Keselamatan dan Pengesahan 2 Langkah untuk membantu anda melindungi akaun anda
  • Kami menyemak amalan-amalan pengumpulan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat kami, termasuk langkah-langkah keselamatan fizikal, untuk mencegah akses tanpa kebenaran kepada sistem-sistem kami
  • Kami mengehadkan akses kepada maklumat peribadi kepada kakitangan-kakitangan, kontraktor-kontraktor dan ejen-ejen Google yang memerlukan maklumat tersebut untuk memprosesnya. Sesiapa yang mempunyai akses ini tertakluk pada kewajipan kerahsiaan berkontrak yang ketat dan boleh dikenakan tindakan disiplin atau perkhidmatannya boleh ditamatkan jika mereka gagal memenuhi kewajipan-kewajipan ini.

Mengeksport & memadamkan maklumat anda

Anda boleh mengeksport salinan maklumat anda atau memadamkannya daripada Akaun Google anda pada bila-bila masa

Anda boleh mengeksport salinan kandungan dalam Akaun Google anda jika anda mahu menyandarkannya atau menggunakannya dengan perkhidmatan di luar Google.

Untuk memadamkan maklumat, anda boleh:

Dalam sesetengah kes, kami mengekalkan data untuk tempoh yang terhad apabila perlu disimpan untuk tujuan perniagaan atau perundangan yang sah. Anda boleh membaca artikel tentang tempoh pengekalan data Google, termasuk tempoh masa yang kami ambil untuk memadamkan maklumat anda.

Kami cuba memastikan perkhidmatan kami melindungi maklumat daripada pemadaman yang tidak sengaja atau yang berniat jahat. Justeru itu, mungkin terdapatnya kelewatan antara masa anda memadamkan sesuatu dengan masa salinan dipadamkan daripada system-sistem aktif dan sandaran kami.

Pematuhan & kerjasama dengan pengawal-pengawal selia

Dasar Privasi ini sentiasa dikaji semula dan kami akan memastikan maklumat anda diproses dengan cara-cara yang mematuhi peraturan.

Pemindahan data

Kami menyelenggarakan pelayan-pelayan di seluruh dunia dan maklumat anda mungkin diproses pada pelayan-pelayan yang terletak di luar negara tempat anda tinggal. Undang-undang perlindungan data berbezabezamengikut negara dan sesetengah negara mengenakan perlindungan yang lebih luas terhadap perlindungan data berbanding dengan yang lain. Kami menggunakan perlindungan yang sama seperti yang dihuraikan dalam dasar ini tanpa mengira tempat maklumat anda diproses. Kami juga mematuhi rangka-rangka kerja perundangan berkaitan dengan pemindahan data, seperti Rangka-rangka Kerja Perlindungan Privasi EU-AS dan Swiss-AS.

Apabila kami menerima aduan-aduan bertulis rasmi, kami akan bertindak balas dengan menghubungi orang yang membuat aduan tersebut. Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa kawal selia yang berkenaan, termasuk pihak berkuasa perlindungan data tempatan, untuk menyelesaikan sebarang aduan tentang pemindahan data anda yang tidak dapat diselesaikan secara langsung dengan anda.

Perihal dasar ini

Bilakah dasar ini digunakan?

Dasar Privasi ini terpakai kepada semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google LLC dan anggota-anggota gabungannya, termasuk YouTube, Android dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di tapak-tapak web pihak ketiga, seperti perkhidmatan-perkhidmatan pengiklanan. Dasar Privasi ini tidak dikenakan pada perkhidmatan-perkhidmatan yang mempunyai dasar privasi berasingan yang tidak menggabungkan Dasar Privasi ini.

Dasar Privasi ini tidak terpakai kepada:

  • Amalan-amalan maklumat syarikat dan organisasi lain yang mengiklankan perkhidmatan-perkhidmatan kami
  • Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat atau individu-individu lain, termasuk produk-produk atau tapak-tapak web yang mungkin mengandungi perkhidmatan-perkhidmatan Google, yang mungkin dipaparkan kepada anda dalam hasil-hasil carian atau yang dipautkan daripada perkhidmatan-perkhidmatan

Perubahan kepada dasar ini

Kami mengubah Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Hak anda tidak akan berkurangan di bawah Dasar Privasi ini tanpa persetujuan yang jelas daripada anda. Tarikh perubahan terakhir diterbitkan sentiasa akan ditunjukkan dan kami menawarkan akses kepada versi arkib untuk semakan anda. Jika perubahan itu penting, kami akan memberikan notis yang lebih jelas (termasuk pemberitahuan e-mel tentang perubahan Dasar Privasi, bagi perkhidmatan tertentu).

Amalan-amalan privasi yang berkaitan

Perkhidmatan-perkhidmatan Google tertentu

Notis-notis privasi berikut memberikan maklumat tambahan tentang beberapa perkhidmatan Google:

Sumber-sumber berguna yang lain

Pautan-pautan berikut mengetengahkan sumber-sumber berguna untuk anda mengetahui lebih lanjut tentang amalan-amalan dan tetapan privasi kami.

iklan-iklan yang anda dapati paling berguna

Sebagai contoh, jika anda menonton video tentang membuat kek di YouTube, anda mungkin akan melihat pelbagai lagi iklan yang berkaitan dengan membuat kek semasa anda menyemak imbas web. Kami juga mungkin menggunakan alamat IP anda untuk menentukan lokasi anggaran anda supaya kami dapat menyiarkan iklan-iklan untuk perkhidmatan penghantaran piza yang berdekatan jika anda mencari “piza”. Ketahui lebih lanjut tentang iklan-iklan Google dan sebab anda mungkin melihat iklan tertentu.

orang yang paling penting kepada anda dalam talian

Contohnya, apabila anda menaip alamat dalam medan Kepada, Sk atau Skt bagi e-mel yang anda sedang karang, Gmail akan mencadangkan alamat-alamat berdasarkan orang yang anda hubungi paling kerap.

nombor telefon

Jika anda menambahkan nombor telefon pada akaun anda, nombor itu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan bagi seluruh perkhidmatan Google, bergantung pada tetapan-tetapan anda. Misalnya, nombor telefon itu boleh digunakan untuk membantu anda mengakses akaun jika anda terlupa kata laluan, membantu orang mencari serta berhubung dengan anda dan menjadikan iklan-iklan yang anda lihat lebih berkaitan dengan anda. Ketahui lebih lanjut

maklumat pembayaran

Sebagai contoh, jika anda menambahkan kad kredit atau kaedah pembayaran lain pada Akaun Google anda, anda boleh menggunakannya untuk membeli sesuatu di seluruh perkhidmatan kami, misalnya apl di Gedung Play. Kami juga mungkin meminta maklumat lain, seperti ID cukai perniagaan, untuk membantu pemprosesan bayaran anda. Dalam sesetengah kes, kami juga mungkin perlu mengesahkan identiti anda dan mungkin memintakan maklumat daripada anda untuk melakukannya.

Kami juga mungkin menggunakan maklumat pembayaran untuk mengesahkan bahawa anda memenuhi keperluan umur, jika, katakanlah, anda memasukkan tarikh lahir yang salah yang menunjukkan bahawa anda tidak cukup umur untuk memiliki Akaun Google. Ketahui lebih lanjut

peranti-peranti

Misalnya, kami boleh menggunakan maklumat daripada peranti-peranti anda untuk membantu anda menentukan peranti apa yang anda ingin gunakan untuk memasang apl atau melihat filem yang anda beli daripada Google Play. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu anda melindungi akaun anda.

Peranti Android dengan apl Google

Peranti-peranti Android dengan apl Google termasuk peranti-peranti yang dijual oleh Google atau salah satu rakan kongsi kami dan termasuk telefon-telefon, kamera-kamera, kenderaan-kenderaan, peranti-peranti yang boleh dipakai dan televisyen-televisyen. Peranti-peranti ini menggunakan Perkhidmatan Google Play dan apl prapasang lain termasuk perkhidmatan-perkhidmatan seperti Gmail, Peta, kamera telefon dan pendail telefon anda, penukaran teks ke pertuturan, input papan kekunci dan ciri-ciri keselamatan.

Paparan-paparan dan interaksi-interaksi dengan kandungan serta iklan

Sebagai contoh, kami mengumpulkan maklumat tentang paparan-paparan dan interaksi-interaksi dengan iklan supaya kami dapat menyediakan laporan-laporan teragregat kepada para pengiklan, misalnya memberitahu mereka sama ada kami menyiarkan iklan mereka pada halaman dan sama ada iklan itu mungkin telah dilihat oleh penatap. Kami juga mungkin mengukur interaksi-interaksi lain, misalnya cara anda menggerakkan tetikus pada iklan atau sama ada anda berinteraksi dengan halaman di mana iklan itu disiarkan.

disegerakkan dengan Akaun Google anda

Sejarah penyemakan imbas Chrome anda hanya disimpan ke akaun anda jika anda telah mendayakan penyegerakan Chrome dengan Akaun Google anda. Ketahui lebih lanjut

perkhidmatan-perkhidmatan untuk membuat dan menerima panggilan-panggilan atau menghantar dan menerima mesej-mesej

Contoh perkhidmatan-perkhidmatan ini termasuk:

  • Google Hangouts, untuk membuat panggilan domestik dan antarabangsa
  • Google Voice, untuk membuat panggilan, menghantar mesej teks dan mengurus mel suara
  • Project Fi, untuk pelan telefon

Data sensor daripada peranti anda

Peranti anda mungkin mempunyai penderia-penderia yang boleh digunakan untuk lebih memahami lokasi dan pergerakan anda. Contohnya, akselerometer boleh digunakan untuk menentukan kelajuan dan giroskop untuk mengetahui arah perjalanan anda.

maklumat tentang perkara-perkara yang berdekatan dengan peranti anda

Jika anda menggunakan Perkhidmatan lokasi Google pada Android, kami boleh meningkatkan prestasi apl yang bergantung pada lokasi anda, seperti Peta Google. Jika anda menggunakan Perkhidmatan lokasi Google, peranti anda akan menghantar maklumat tentang lokasinya, penderia-penderianya (seperti akselerometer), Menara-menara selular dan titik-titik akses Wi-Fi (seperti alamat MAC dan kekuatan isyarat) yang berdekatan kepada Google. Semua perkara ini membantu untuk menentukan lokasi anda. Anda boleh menggunakan tetapan peranti anda untuk mendayakan Perkhidmatan lokasi Google. Ketahui lebih lanjut

sumber-sumber yang boleh diakses secara umum

Sebagai contoh, kami mungkin mengumpulkan maklumat yang tersedia kepada umum dalam talian atau daripada sumber-sumber awam lain untuk membantu melatih model bahasa Google dan membina ciri-ciri seperti Google Terjemah.

melindungi daripada penyalahgunaan

Sebagai contoh, maklumat tentang ancaman-ancaman keselamatan boleh membantu kami memberitahu anda jika kami fikir akaun anda telah dicerobohi (pada masa yang sama kami boleh membantu anda mengambil langkah-langkah untuk melindungi akaun anda).

perkhidmatan-perkhidmatan pengiklanan dan penyelidikan bagi pihak mereka

Sebagai contoh, para pengiklan mungkin memuat naik data daripada program kad kesetiaan mereka supaya mereka dapat memahami prestasi kempen iklan mereka dengan lebih baik. Kami hanya memberikan laporan-laporan teragregat yang tidak mendedahkan maklumat tentang orang perseorangan kepada pengiklan.

menyampaikan perkhidmatan-perkhidmatan kami

Contoh-contoh cara kami menggunakan maklumat anda untuk menyampaikan perkhidmatan-perkhidmatan kami termasuk:

  • Kami menggunakan alamat IP yang ditetapkan kepada peranti anda untuk menghantar data yang anda minta, seperti memuatkan video YouTube
  • Kami menggunakan pengecam-pengecam unik yang disimpan dalam kuki-kuki pada peranti anda untuk membantu kami mengesahkan anda sebagai orang yang sepatutnya mempunyai akses kepada Akaun Google anda
  • Foto-foto dan video-video yang anda muat naik ke Google Photos digunakan untuk membantu anda mencipta album-album, animasi-animasi dan ciptaan-ciptaan lain yang boleh dikongsi. Ketahui lebih lanjut
  • E-mel pengesahan penerbangan yang anda terima boleh digunakan untuk mencipta satu butang “daftar masuk” yang boleh dikelihatan di Gmail anda

memastikan perkhidmatan-perkhidmatan kami berfungsi seperti yang diharapkan

Contohnya, kami terus memantau sistem-sistem kami untuk mencari masalah. Jika kami dapati ada sesuatu yang tidak kena dengan ciri tertentu, tindakan menyemak maklumat aktiviti yang dikumpulkan sebelum masalah tersebut bermula membolehkan kami menyelesaikannya dengan lebih cepat.

membuat perbaikan

Misalnya, kami menggunakan kuki-kuki untuk menganalisis cara orang berinteraksi dengan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Analisis itu juga dapat membantu kami membinakan produk-produk yang lebih baik. Sebagai contoh, analisis ini boleh membantu kami mengetahui bahawa orang mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan tugas tertentu atau bahawa mereka menghadapi masalah untuk menyelesaikan langkah-langkah sama sekali. Kemudian, kami boleh mengubah reka bentuk ciri tersebut dan memperbaikkan produk untuk semua orang.

hasil-hasil carian yang tersuai

Sebagai contoh, apabila anda daftar masuk ke Akaun Google dan telah mendayakan Aktiviti Web & Apl, anda boleh mendapatkan hasil-hasil carian yang lebih berkaitan yang berdasarkan carian dan aktiviti anda sebelumnya daripada perkhidmatan-perkhidmatan Google yang lain. Anda boleh mengetahui lebih lanjut di sini. Anda juga boleh mendapatkan hasil-hasil carian tersuai walaupun anda telah didaftar keluar. Jika anda tidak mahukan penyesuaian carian tahap sebegini , anda boleh mencari dan menyemak imbas secara peribadi atau mematikan pemperibadian carian selepas daftar keluar.

iklan-iklan yang diperibadikan

Anda juga mungkin melihat iklan-iklan yang diperibadikan berdasarkan maklumat daripada pengiklan. Contohnya, jika anda pernah membeli-belah di laman web pengiklan, mereka boleh menggunakan maklumat lawatan itu untuk menunjukkan iklan-iklan kepada anda. Ketahui lebih lanjut

kategori-kategori sensitive

Apabila menunjukkan iklan-iklan yang diperibadikan kepada anda, kami menggunakan topik yang kami fikir mungkin menarik minat andaberdasarkan aktiviti anda. Misalannya, anda mungkin melihat iklan untuk perkara-perkara seperti "Memasak dan Resipi-resipi" atau "Perjalanan Udara". Kami tidak menggunakan topik-topik atau menunjukkan iklan-iklan yang diperibadikan berdasarkan kategori-kategori sensitif seperti kaum, agama, orientasi seksual atau kesihatan. Kami juga menjangkakan perkara yang sama daripada para pengiklan yang menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami.

mungkin memautkan maklumat

Analitis Google bergantung pada kuki-kuki pihak pertama, iaitu kuki-kuki yang ditetapkan oleh pelanggan Analitis Google. Dengan menggunakan system-sistem kami, data yang dijana melalui Analitis Google boleh dipautkan kepada kuki-kuki pihak ketiga yang berkaitan dengan lawatan-lawatan ke tapak-tapak web lain oleh pelanggan Analitis Google dan Google. Sebagai contoh, seseorang pengiklan mungkin mahu menggunakan data Analitis Google miliknya untuk mencipta iklan-iklan yang lebih berkaitan atau menganalisis trafiknya dengan lebih lanjut. Ketahui lebih lanjut

keselamatan dan kebolehpercayaan

Beberapa contoh cara kami menggunakan maklumat anda untuk membantu anda memastikan perkhidmatan kami selamat dan boleh dipercayai termasuk:

  • Mengumpulkan dan menganalisiskan alamat IP dan data kuki untuk melindungi pengguna daripada penyalahgunaan automatik. Penyalahgunaan ini boleh berlaku dalam banyak bentuk, seperti menghantar spam kepada pengguna Gmail, mencuri wang daripada para pengiklan dengan mengklik iklan secara fraud atau menapis kandungan dengan melancarkan serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS).
  • Ciri “aktiviti akaun terakhir” dalam Gmail boleh membantu anda mengetahui sama ada dan apabila seseorang mengakses e-mel anda tanpa pengetahuan anda. Ciri ini menunjukkan maklumat tentang aktiviti baru-baru ini dalam Gmail, seperti alamat-alamat IP yang mengakses mel anda, lokasi yang berkaitan serta tarikh dan waktu akses tersebut. Ketahui lebih lanjut

mengesan penyalahgunaan

Apabila kami mengesan spam, perisian hasad, kandungan haram dan bentuk-bentuk penyalahgunaan lain pada system-sistem kami yang melanggari dasar-dasar kami, kami mungkin melumpuhkan akaun anda atau mengambil tindakan lain yang sesuai. Dalam keadaan tertentu, kami juga mungkin melaporkan pelanggaran tersebut kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

menggabungkan maklumat yang kami kumpulkan

Beberapa contoh cara kami menggabungkan maklumat yang kami kumpulkan termasuk:

  • Apabila anda dafter masuk ke Akaun Google anda dan membuat carian di Google, anda boleh melihat hasil-hasil carian daripada web awam, bersama dengan maklumat yang berkaitan daripada kandungan yang anda miliki dalam produk-produk Google yang lain, seperti Gmail atau Kalendar Google. Ini boleh termasuk perkara-perkara seperti status penerbangan anda yang akan datang, tempahan restoran dan hotel atau foto-foto anda. Ketahui lebih lanjut
  • Jika anda telah berkomunikasi dengan seseorang melalui Gmail dan ingin menambahkan mereka ke Dokumen Google atau suatu acara dalam Kalendar Google, Google memudahkan anda berbuat demikian menggunakan ciri autolengkap untuk melengkapkan alamat e-mel mereka apabila anda mula menaip nama mereka. Ciri ini memudahkan lagi anda berkongsi sesuatu dengan orang yang dikenali. Ketahui lebih lanjut
  • Apl Google boleh menggunakan data yang telah disimpan dalam produk-produk Google yang lain untuk menunjukkan kandungan yang diperibadikan kepada anda, bergantung pada tetapan-tetapan anda. Contohnya, jika anda mempunyai carian-carian yang disimpan dalam Aktiviti Web & Apl, apl Google boleh menunjukkan artikel-artikel berita dan maklumat lain tentang minat-minat anda, seperti skor sukan, berdasarkan aktiviti anda. Ketahui lebih lanjut
  • Sekiranya anda memautkan Akaun Google ke Google Home anda, anda akan dapat menguruskan maklumat dan menyiapkan tugas melalui Google Assistant. Sebagai contoh, anda dapat menambahkan acara-acara pada Kalendar Google atau mendapatkan jadual anda untuk hari itu, meminta kemas kini status penerbangan anda yang akan datang atau menghantar maklumat seperti arah pemanduan ke telefon anda. Ketahui lebih lanjut

aktiviti-aktiviti anda di tapak dan pada apl lain

Aktiviti ini mungkin disebabkan anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan Google, seperti penyegerakan akaun anda dengan Chrome atau lawatan anda ke tapak-tapak web dan apl yang merupakan rakan kongsi Google. Banyak tapak web dan apl menjadi rakan kongsi dengan Google untuk meningkatkan kandungan dan perkhidmatan-perkhidmatan mereka. Sebagai contoh, sesuatu laman web mungkin menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan pengiklanan kami (seperti AdSense) atau alat-alat analitis (contohnya Google Analitis), atau mungkin membenamkan kandungan lain (misalnya video daripada YouTube). Perkhidmatan-perkhidmatan ini mungkin berkongsi maklumat tentang aktiviti anda dengan Google dan, bergantung pada tetapan akaun anda dan produk-produk yang sedang digunakan (contohnya, apabila rakan kongsi menggunakan Analitis Google bersama dengan perkhidmatan-perkhidmatan pengiklanan kami), data ini mungkin dikaitkan dengan maklumat peribadi anda.

Ketahui lebih lanjut tentang cara Google menggunakan data anda apabila anda menggunakan tapak atau apl rakan kongsi kami.

bekerjasama dengan Google

Terdapatnya lebih daripada 2 juta tapak-tapak web dan apl bukan Google yang menjadi rakan kongsi dengan Google untuk memaparkan iklan-iklan. Ketahui lebih lanjut

perkhidmatan-perkhidmatan Google tertentu

Sebagai contoh, anda boleh memadamkan blog anda daripada Blogger atau Tapak Google yang anda miliki daripada Google Sites. Anda juga boleh memadamkan ulasan-ulasan yang anda tinggalkan pada apl, permainan-permainan dan kandungan lain di Gedung Play.

bergantung pada kuki-kuki untuk berfungsi dengan betul

Sebagai contoh, kami menggunakan kuki yang dipanggil 'lbcs' yang membolehkan anda untuk membuka banyak Dokumen Google dalam satu penyemak imbas. Tindakan menyekat kuki ini akan menghalang Dokumen Google daripada berfungsi sepertimana yang diharapkan. Ketahui lebih lanjut

proses perundangan atau arahan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan

Sebagaimana syarikat teknologi dan komunikasi lain, Google sering menerima arahan daripada kerajaan-kerajaan dan mahkamah-mahkamah di seluruh dunia untuk menzahirkan data pengguna. Penghormatan terhadap privasi dan keselamatan data yang anda simpan di Google adalah asas kepada pendekatan kami dalam mematuhi kehendak undang-undang ini. Pasukan guaman kami akan menyemak setiap arahan tanpa mengira jenis dan kami sering menolak apabila arahan kelihatan terlalu am atau tidak mematuhi proses yang betul. Ketahui lebih lanjut dalam Laporan Ketelusan kami.

menunjukkan arah aliran

Apabila ramai orang mula mencari sesuatu, kegiatan ini boleh memberikan maklumat yang sangat berguna tentang arah aliran tertentu pada masa itu. Aliran Google mengambil sampel carian-carian web Google untuk menganggarkan populariti carian-carian dalam tempoh masa tertentu dan berkongsi hasil-hasil tersebut kepada umum mengikut terma-terma teragregat. Ketahui lebih lanjut

rakan kongsi tertentu

Misalnya, kami membenarkan para pencipta dan para pengiklan YouTube untuk bekerja dengan syarikat-syarikat pengukuran untuk mengetahui tentang penonton video-video atau iklan-iklan YouTube mereka, menggunakan kuki-kuki atau teknologi-teknologi yang serupa. Contoh lain ialah pedagang-pedagang di halaman-halaman beli-belah kami, yang menggunakan kuki untuk memahami bilangan pengguna unik yang melihat penyenaraian produk mereka. Ketahui lebih lanjut tentang rakan kongsi ini dan cara mereka menggunakan maklumat anda.

pelayan-pelayan di seluruh dunia

Sebagai contoh, kami mengendalikan pusat data yang terletak di seluruh dunia untuk membantu anda memastikan produk-produk kami tersedia kepada pengguna secara berterusan.

pihak ketiga

Contohnya, kami memproses maklumat anda untuk melaporkan statistic-statistik penggunaan kepada pemegang-pemegang hak tentang cara kandungan mereka digunakan dalam perkhidmatan-perkhidmatan kami. Kami juga mungkin memproses maklumat anda jika orang mencari nama anda dan kami memaparkan hasil-hasil carian bagi tapak-tapak web yang mengandungi maklumat tentang anda yang tersedia kepada umum.

perlindungan yang sesuai

Sebagai contoh, kami mungkin menganonimkan data atau menyulitkan data untuk memastikan data tersebut tidak dapat dikaitkan dengan maklumat lain tentang anda. Ketahui lebih lanjut

memastikan dan memperbaikkan

Misalnya, kami menganalisis cara orang berinteraksi dengan iklan untuk meningkatkan prestasi iklan-iklan kami.

Menyesuaikan perkhidmatan-perkhidmatan kami

Sebagai contoh, kami mungkin memaparkan Google Doodle pada halaman utama Carian untuk meraikan peristiwa khusus untuk negara anda.

Anggota Gabungan

Ahli gabungan ialah entiti yang dimiliki oleh kumpulan syarikat Google, termasuk syarikat berikut yang menyediakan perkhidmatan pengguna di EU: Google Commerce Ltd, Google Payment Corp dan Google Dialer Inc. Ketahui lebih lanjut tentang syarikat yang menyediakan perkhidmatan perniagaan di EU.

Algoritma

Proses atau set peraturan yang dipatuhi oleh komputer dalam melaksanakan operasi penyelesaian masalah.

Cache data aplikasi

Cache data aplikasi ialah repositori data pada peranti. Cache ini, contohnya, membolehkan aplikasi web berjalan tanpa sambungan internet dan meningkatkan prestasi aplikasi tersebut dengan mendayakan pemuatan kandungan yang lebih laju.

Storan web penyemak imbas

Storan web penyemak imbas membolehkan tapak web menyimpan data dalam penyemak imbas pada peranti. Apabila digunakan dalam mod "storan setempat", storan ini membolehkan data disimpan merentas sesi. Langkah ini membolehkan data diperoleh semula walaupun selepas penyemak imbas ditutup dan dibuka semula. Satu teknologi yang memudahkan storan web ialah HTML 5.

Kuki dan teknologi yang serupa

Kuki ialah fail kecil yang mengandungi rentetan aksara yang dihantar ke komputer anda apabila anda melawati tapak web. Apabila anda melawati tapak tersebut sekali lagi, kuki membenarkan tapak itu mengecam penyemak imbas anda. Kuki mungkin menyimpan pilihan pengguna dan maklumat lain. Anda boleh mengkonfigurasikan penyemak imbas anda untuk menolak semua kuki atau untuk menunjukkan apabila kuki dihantar. Walau bagaimanapun, sesetengah ciri atau perkhidmatan tapak web mungkin tidak berfungsi dengan betul tanpa kuki. Ketahui lebih lanjut tentang cara Google menggunakan kuki dan cara Google menggunakan data, termasuk kuki, apabila anda menggunakan tapak atau apl rakan kongsi kami.

Peranti

Peranti ialah komputer yang boleh digunakan untuk mengakses perkhidmatan Google. Contohnya, komputer meja, tablet, pembesar suara pintar dan telefon pintar, kesemuanya dianggap sebagai peranti.

Maklumat yang tidak mengenal pasti secara peribadi

Inilah maklumat yang direkodkan tentang pengguna supaya maklumat tersebut tidak lagi mencerminkan atau merujuk pengguna yang boleh dikenal pasti secara individu.

Alamat IP

Setiap peranti yang disambungkan kepada Internet diberikan nombor unik yang dikenali sebagai alamat protokol Internet (IP). Oleh kerana nombor ini biasanya diberikan dalam blok berasaskan negara, alamat IP sering boleh digunakan untuk mengenal pasti negara yang komputernya disambungkan kepada Internet.

Teg piksel

Teg piksel ialah sejenis teknologi yang diletakkan di tapak web atau dalam kandungan e-mel untuk tujuan menjejaki aktiviti tertentu, seperti tatapan tapak web atau apabila e-mel dibuka. Teg piksel sering digunakan bersama-sama dengan kuki.

Maklumat peribadi

Ini merupakan maklumat yang anda berikan kepada kami dan maklumat ini mengenal pasti diri anda, seperti nama, alamat e-mel atau maklumat pengebilan anda atau data lain yang dapat dikaitkan secara munasabah dengan maklumat seperti itu oleh Google, seperti maklumat yang kami kaitkan dengan akaun Google anda.

Maklumat peribadi yang sensitif

Ini ialah kategori maklumat peribadi tertentu yang berkaitan dengan topik seperti fakta perubatan sulit, bangsa atau asal etnik, kepercayaan politik atau agama atau keseksualan.

Log pelayan

Seperti kebanyakan tapak web, pelayan kami merekodkan permintaan halaman yang dibuat secara automatik apabila anda melawati tapak kami. “Log pelayan” ini biasanya memasukkan permintaan web anda, alamat Protokol Internet, jenis penyemak imbas, bahasa penyemak imbas, tarikh dan masa permintaan anda dan satu atau lebih banyak kuki yang boleh mengenal pasti penyemak imbas anda secara unik.

Masukan log yang biasa untuk carian "kereta" kelihatan seperti ini:

123.45.67.89 - 25/Mar/2003 10:15:32 -
http://www.google.com/search?q=cars -
Firefox 1.0.7; Windows NT 5.1 -
740674ce2123e969
  • 123.45.67.89 ialah alamat Protokol Internet yang diberikan kepada pengguna oleh ISP pengguna. Bergantung pada perkhidmatan pengguna, alamat yang berbeza mungkin diberikan kepada pengguna oleh penyedia perkhidmatan mereka setiap kali mereka tersambung ke Internet.
  • 25/Mar/2003 10:15:32 ialah tarikh dan masa pertanyaan.
  • http://www.google.com/search?q=cars ialah URL yang diminta, termasuk pertanyaan carian.
  • Firefox 1.0.7; Windows NT 5.1 ialah penyemak imbas dan sistem pengendalian yang digunakan.
  • 740674ce2123a969 ialah ID kuki unik yang diberikan kepada komputer ini pada kali pertama komputer ini melawati Google. (Kuki boleh dipadamkan oleh pengguna. Jika pengguna telah memadamkan kuki daripada komputer dari kali terakhir beliau melawati Google, maka ID ini ialah ID kuki unik yang diberikan kepada peranti pengguna pada kali berikutnya mereka melawati Google daripada peranti tersebut).

Pengecam unik

Pengecam unik merupakan rentetan aksara yang boleh digunakan untuk mengenal pasti penyemak imbas, apl atau peranti secara unik. Pada pengecam yang berlainan, terdapat perbezaan dari segi tempoh hayatnya, sama ada pengguna boleh menetapkannya semula dan cara pengecam tersebut boleh diakses.

Pengecam unik boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk keselamatan dan pengesanan penipuan, menyegerakkan perkhidmatan seperti peti masuk e-mel anda, mengingati pilihan anda dan menyediakan pengiklanan yang diperibadikan. Contohnya, pengecam unik yang disimpan dalam kuki membantu tapak memaparkan kandungan dalam penyemak imbas anda dalam bahasa pilihan anda. Anda boleh mengkonfigurasikan penyemak imbas anda untuk menolak semua kuki atau untuk menunjukkan apabila kuki dihantar. Ketahui lebih lanjut tentang cara Google menggunakan kuki.

Pada platform lain selain penyemak imbas, pengecam unik digunakan untuk mengecam peranti atau apl tertentu pada peranti itu. Contohnya, pengecam unik seperti ID Pengiklanan digunakan untuk menyediakan pengiklanan yang berkaitan pada peranti Android dan boleh diurus dalam tetapan peranti anda. Pengecam unik boleh juga digabungkan ke dalam peranti oleh pengeluar peranti (kadangkala dikenali sebagai ID unik semesta atau UUID), seperti nombor IMEI telefon mudah alih. Contohnya, pengecam unik peranti boleh digunakan untuk menyesuaikan perkhidmatan kami pada peranti anda atau menganalisis isu peranti yang berkaitan dengan perkhidmatan kami.