Cara Google menggunakan kuki

Halaman ini menerangkan jenis kuki dan teknologi serupa yang digunakan oleh Google. Halaman ini juga menerangkan cara Google dan rakan kongsi kami menggunakan kuki dalam pengiklanan.

Kuki merupakan sebahagian kecil teks yang dihantar kepada penyemak imbas anda oleh laman web yang anda lawati. Kuki ini membantu laman web mengingati maklumat tentang lawatan anda, yang boleh memudahkan anda melawati laman itu lagi dan menjadikan laman lebih berguna kepada anda. Teknologi yang serupa, termasuk pengecam unik yang digunakan untuk mengenal pasti apl atau peranti, tag piksel dan storan setempat, boleh melakukan fungsi yang sama. Kuki dan teknologi serupa seperti yang diterangkan pada seluruh halaman ini boleh digunakan untuk tujuan yang diterangkan di bawah.

Lihat Dasar Privasi untuk mengetahui cara kami melindungi privasi anda semasa kami menggunakan kuki dan maklumat lain.

Jenis kuki dan teknologi serupa yang digunakan oleh Google

Sesetengah atau semua kuki atau teknologi serupa yang diterangkan di bawah mungkin disimpan dalam penyemak imbas, apl atau peranti anda. Untuk mengurus cara kuki digunakan, termasuk menolak penggunaan kuki tertentu, anda boleh melawati g.co/privacytools. Anda boleh mengurus kuki dalam penyemak imbas anda (walaupun penyemak imbas untuk peranti mudah alih mungkin tidak menawarkan keterlihatan ini). Sesetengah teknologi ini boleh diurus dalam tetapan peranti atau dalam tetapan apl anda.

Kefungsian

Kuki dan teknologi serupa yang digunakan untuk kefungsian membenarkan anda mengakses ciri yang penting kepada perkhidmatan. Perkara yang dianggap penting kepada perkhidmatan termasuk mengingati pilihan dan keutamaan seperti pilihan bahasa anda; menyimpan maklumat yang berkaitan dengan sesi anda seperti kandungan troli beli-belah; mendayakan ciri atau melakukan tugas yang anda minta; dan pengoptimuman produk yang membantu kami mengekalkan serta meningkatkan perkhidmatan tersebut.

Sesetengah kuki dan teknologi serupa digunakan untuk mengekalkan pilihan anda. Contohnya, kebanyakan pengguna yang menggunakan perkhidmatan Google mempunyai kuki yang dipanggil ‘NID’ atau ‘_Secure-ENID’ dalam penyemak imbas mereka, bergantung pada pilihan kuki mereka. Kuki ini digunakan untuk mengingati pilihan anda dan maklumat lain seperti bahasa pilihan anda, bilangan hasil carian yang anda pilih untuk dipaparkan pada halaman hasil carian (contohnya, 10 atau 20) dan sama ada anda mahu menghidupkan penapis SafeSearch Google atau tidak. Setiap kuki ‘NID’ tamat tempoh 6 bulan dari tarikh penggunaan terakhir pengguna, sementara kuki ‘_Secure-ENID’ sah selama 13 bulan. Kuki yang dipanggil ‘VISITOR_INFO1_LIVE’ dan ‘__Secure-YEC’ digunakan untuk tujuan yang serupa untuk YouTube dan turut digunakan untuk mengesan dan menyelesaikan masalah berhubung dengan perkhidmatan tersebut. Setiap kuki ini masing-masing sah selama 6 bulan dan 13 bulan.

Kuki dan teknologi serupa yang lain digunakan untuk mengekalkan dan meningkatkan pengalaman anda semasa sesi tertentu. Contohnya, YouTube menggunakan kuki ‘PREF’ untuk menyimpan maklumat seperti konfigurasi halaman pilihan dan pilihan main balik anda seperti pilihan automain, rombak kandungan dan saiz pemain yang eksplisit. Untuk YouTube Music, pilihan ini termasuk kelantangan, mod ulang dan automain. Kuki ini tamat tempoh 8 bulan dari tarikh penggunaan terakhir yang dibuat oleh pengguna. Kuki ‘pm_sess’ turut membantu kami mengekalkan sesi penyemak imbas anda dan sah selama 30 minit.

Kuki dan teknologi serupa juga boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan Google. Contohnya, kuki ‘CGIC’ meningkatkan penghantaran hasil carian dengan melengkapkan pertanyaan carian secara automatik berdasarkan input awal pengguna. Kuki ini sah selama 6 bulan.

Google menggunakan kuki 'SOCS' yang bertahan selama 13 bulan untuk menyimpan keadaan pengguna yang berkaitan dengan pilihan kuki mereka.

Keselamatan

Kuki dan teknologi serupa yang digunakan untuk keselamatan membantu kami mengesahkan pengguna, menghalang penipuan dan melindungi anda semasa anda berinteraksi dengan perkhidmatan.

Kuki dan teknologi serupa yang digunakan untuk mengesahkan pengguna membantu kami memastikan bahawa hanya pemilik sebenar sesebuah akaun boleh mengakses akaun itu. Sebagai contoh, kuki yang dipanggil 'SID' dan 'HSID' mengandungi rekod ID Google Account pengguna dan masa log masuk terbaharu yang ditandatangani secara digital dan disulitkan. Gabungan kuki ini membolehkan Google menyekat pelbagai jenis serangan seperti percubaan untuk mencuri kandungan borang yang diserahkan dalam perkhidmatan Google.

Sesetengah kuki dan teknologi serupa digunakan untuk mengesan spam, penipuan dan penyalahgunaan. Sebagai contoh, kuki ‘pm_sess’ dan ‘YSC’ memastikan bahawa permintaan dalam sesi semakan imbas dibuat oleh pengguna, bukan oleh laman lain. Kuki ini menghalang laman hasad daripada bertindak bagi pihak pengguna tanpa pengetahuan pengguna itu. Kuki ‘pm_sess’ sah selama 30 minit, manakala kuki ‘YSC’ sah sepanjang tempoh sesi semak imbas pengguna. Kuki ‘__Secure-YEC’ dan ‘AEC’ digunakan untuk mengesan spam, penipuan dan penyalahgunaan untuk membantu kami memastikan pengiklan tidak tersilap dikenakan caj kerana penipuan atau juga tera atau interaksi dengan iklan yang tidak sah serta bahawa pencipta YouTube dalam Program Rakan Kongsi YouTube dibayar secara adil. Kuki ‘AEC’ sah selama 6 bulan dan kuki ‘__Secure-YEC’ sah selama 13 bulan.

Analitis

Kuki dan teknologi serupa yang digunakan untuk analitis membantu kami mengumpulkan data yang membolehkan perkhidmatan memahami cara anda berinteraksi dengan perkhidmatan tertentu. Cerapan ini membolehkan perkhidmatan meningkatkan kandungan dan juga membina ciri yang lebih baik, yang mempertingkatkan pengalaman anda.

Sesetengah kuki dan teknologi serupa membantu laman dan apl memahami cara pelawat mereka berinteraksi dengan perkhidmatan mereka. Sebagai contoh, Google Analytics menggunakan satu set kuki untuk mengumpulkan maklumat bagi pihak perniagaan yang menggunakan perkhidmatan Google Analytics dan melaporkan perangkaan penggunaan laman kepada mereka tanpa mengenal pasti pelawat berasingan secara peribadi. ‘_ga’, iaitu kuki utama yang digunakan oleh Google Analytics, membolehkan perkhidmatan membezakan seorang pelawat daripada pelawat yang lain dan sah selama 2 tahun. Sebarang laman yang melaksanakan Google Analytics, termasuk perkhidmatan Google, menggunakan kuki ‘_ga’. Setiap kuki ‘_ga’ adalah unik kepada sifat tertentu, maka kuki ini tidak boleh digunakan untuk menjejaki pengguna atau penyemak imbas tertentu merentas laman web yang tidak berkaitan.

Perkhidmatan Google turut menggunakan kuki ‘NID’ dan ‘_Secure-ENID’ pada Google Search, serta kuki ‘VISITOR_INFO1_LIVE’ dan ‘__Secure-YEC’ pada YouTube, untuk tujuan analitis. Apl mudah alih Google juga mungkin menggunakan pengecam unik seperti ‘ID Penggunaan Google’, untuk tujuan analitis.

Pengiklanan

Google menggunakan kuki untuk pengiklanan, termasuk menyiarkan dan memaparkan iklan, memeribadikan iklan (bergantung pada tetapan anda pada myadcenter.google.com dan adssettings.google.com/partnerads), mengehadkan kekerapan iklan dipaparkan kepada pengguna, meredam iklan yang telah anda pilih untuk tidak dipaparkan serta mengukur keberkesanan iklan.

Kuki ‘NID’ digunakan untuk memaparkan iklan Google dalam perkhidmatan Google untuk pengguna yang telah log keluar, manakala kuki ‘ANID’, ‘IDE’ dan ‘id’ digunakan untuk memaparkan iklan Google pada laman bukan Google. ID pengiklanan mudah alih seperti ID Pengiklanan Android (AdID), digunakan untuk tujuan yang serupa pada apl mudah alih, bergantung pada tetapan peranti anda. Jika anda telah mendayakan iklan diperibadikan, kuki ‘ANID’ dan ‘IDE’ digunakan untuk memeribadikan iklan yang anda lihat. Jika anda telah mematikan iklan diperibadikan, kuki ‘ANID’ dan ‘id’ digunakan untuk mengingati pilihan ini agar anda tidak melihat iklan diperibadikan. Kuki ‘NID’ tamat tempoh 6 bulan dari tarikh penggunaan terakhir pengguna. Kuki ‘ANID’, ‘IDE’ dan ‘id’ sah selama 13 bulan di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), Switzerland dan United Kingdom (UK) serta 24 bulan di mana-mana tempat lain.

Bergantung pada tetapan iklan anda, perkhidmatan Google yang lain seperti YouTube juga boleh menggunakan kuki ini dan kuki serta teknologi lain, seperti kuki ‘VISITOR_INFO1_LIVE’, untuk pengiklanan.

Sesetengah kuki dan teknologi serupa yang digunakan untuk pengiklanan adalah bagi pengguna yang log masuk untuk menggunakan perkhidmatan Google. Contohnya, kuki ‘DSID’ digunakan untuk mengenal pasti pengguna yang telah log masuk pada laman bukan Google agar tetapan pemeribadian iklan pengguna itu dilaksanakan dengan betul. Kuki ‘DSID’ sah selama 2 minggu.

Melalui platform pengiklanan Google, perniagaan boleh menyiarkan iklan dalam perkhidmatan Google serta pada laman bukan Google. Sesetengah kuki menyokong Google menunjukkan iklan pada laman pihak ketiga dan telah ditetapkan dalam domain laman web yang anda lawati. Contohnya, kuki ‘_gads’ membolehkan laman menunjukkan iklan Google. Kuki yang bermula dengan ‘_gac_’ berasal daripada Google Analytics dan digunakan oleh pengiklan untuk mengukur aktiviti pengguna dan prestasi kempen pengiklanan mereka. Kuki ‘_gads’ sah selama 13 bulan manakala kuki ‘_gac_’ sah selama 90 hari.

Sesetengah kuki dan teknologi serupa digunakan untuk mengukur prestasi iklan dan kempen serta kadar penukaran untuk iklan Google pada laman yang anda lawati. Contohnya, kuki yang bermula dengan ‘_gcl_’ lazimnya digunakan untuk membantu pengiklan menentukan kekerapan pengguna yang mengklik iklan mereka kemudiannya bertindak pada laman web mereka seperti membuat pembelian. Kuki yang digunakan untuk mengukur kadar penukaran tidak digunakan untuk memeribadikan iklan. Kuki ‘_gcl_’ sah selama 90 hari. Teknologi serupa seperti ID Pengiklanan pada peranti Android juga boleh digunakan untuk mengukur prestasi iklan dan kempen. Anda boleh mengurus tetapan ID Iklan anda pada peranti Android anda.

Lihat maklumat lanjut tentang kuki yang digunakan untuk pengiklanan di sini.

Pemeribadian

Kuki dan teknologi serupa yang digunakan untuk pemeribadian mempertingkatkan pengalaman anda dengan memberikan kandungan dan ciri yang diperibadikan, bergantung pada tetapan anda pada g.co/privacytools atau tetapan apl dan peranti anda.

Kandungan dan ciri yang diperibadikan termasuk perkara seperti hasil carian dan syor yang lebih berkaitan, halaman utama YouTube yang disesuaikan serta iklan yang disesuaikan dengan minat anda. Contohnya, kuki ‘VISITOR_INFO1_LIVE’ mungkin mendayakan syor diperibadikan pada YouTube berdasarkan tontonan dan carian lalu. Kuki ‘NID’ pula membolehkan ciri autolengkap yang diperibadikan dalam Search semasa anda menaip istilah carian. Kuki ini tamat tempoh 6 bulan dari tarikh penggunaan terakhir pengguna.

Kuki lain, ‘UULE’, menghantar maklumat lokasi tepat daripada penyemak imbas anda kepada pelayan Google supaya Google dapat memaparkan kepada anda hasil carian yang berkaitan dengan lokasi anda. Penggunaan kuki ini bergantung pada tetapan penyemak imbas anda dan sama ada anda telah memilih untuk menghidupkan lokasi untuk penyemak imbas anda atau tidak. Kuki ‘UULE’ sah hingga 6 jam.

Walaupun anda menolak kuki dan teknologi serupa yang digunakan untuk pemeribadian, kandungan dan ciri tidak diperibadikan yang anda lihat masih boleh dipengaruhi oleh faktor kontekstual seperti lokasi, bahasa, jenis peranti atau kandungan yang sedang anda tonton.

Mengurus kuki dalam penyemak imbas anda

Kebanyakan penyemak imbas membenarkan anda mengurus cara kuki ditetapkan dan digunakan sambil anda menyemak imbas dan mengosongkan kuki serta data semakan imbas. Selain itu, penyemak imbas anda mungkin mengandungi tetapan yang membenarkan anda mengurus kuki mengikut dasar laman demi laman. Contohnya, tetapan Google Chrome pada chrome://settings/cookies membenarkan anda memadamkan kuki yang sedia ada, membenarkan atau menyekat semua kuki dan menetapkan pilihan kuki untuk laman web. Google Chrome turut menawarkan mod Inkognito, yang memadamkan sejarah penyemakan imbas anda dan mengosongkan kuki daripada tetingkap Inkognito pada peranti anda selepas anda menutup semua tetingkap Inkognito anda.

Mengurus teknologi yang serupa dalam apl dan peranti anda

Kebanyakan peranti mudah alih dan aplikasi membenarkan anda mengurus cara teknologi serupa, seperti pengecam unik yang digunakan untuk mengenal pasti apl atau peranti, ditetapkan dan digunakan. Contohnya, ID Pengiklanan pada peranti Android atau Pengecam Pengiklanan Apple boleh diurus dalam tetapan peranti anda, sementara pengecam khusus apl biasanya boleh diurus dalam tetapan apl.

Apl Google
Menu utama