Cara Google mengekalkan data yang kami kumpul

Kami mengumpul data semasa anda menggunakan perkhidmatan Google. Maklumat yang dikumpul, sebab maklumat itu dikumpulkan dan cara anda mengurus maklumat anda dihuraikan dalam Dasar Privasi kami. Dasar pengekalan ini menghuraikan sebab kami menyimpan pelbagai jenis data untuk tempoh masa yang berbeza.

Terdapat sesetengah data yang boleh anda padamkan pada bila-bila masa, sesetengahnya dipadamkan secara automatik dan terdapat data yang kami simpan untuk tempoh yang lebih lama apabila perlu. Apabila anda memadamkan data, kami mematuhi dasar pemadaman untuk memastikan data anda selamat dan dialih keluar sepenuhnya daripada pelayan kami atau dikekalkan dalam bentuk awanama sahaja. Cara Google menjadikan data awanama

Maklumat dikekalkan sehingga anda mengalih keluar maklumat tersebut

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan yang membolehkan anda membetulkan atau memadamkan data yang disimpan dalam Akaun Google anda. Contohnya, anda boleh:

Kami akan menyimpan data ini dalam Akaun Google anda sehingga anda memilih untuk mengalih keluar data ini. Jika anda menggunakan perkhidmatan kami tanpa log masuk ke Akaun Google, kami turut menawarkan keupayaan untuk memadamkan sesetengah maklumat yang dikaitkan dengan cara yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan kami, seperti peranti, penyemak imbas atau apl.

Data yang tamat tempoh selepas tempoh masa tertentu

Dalam sesetengah keadaan, kami tidak menyediakan cara memadamkan data, sebaliknya kami menyimpan data tersebut untuk tempoh masa yang telah ditetapkan. Untuk setiap jenis data, kami menetapkan jangka masa pengekalan berdasarkan sebab data tersebut dikumpulkan. Sebagai contoh, untuk memastikan perkhidmatan kami dipaparkan dengan betul pada pelbagai jenis peranti, kami mungkin mengekalkan kelebaran dan ketinggian penyemak imbas hingga 9 bulan. Kami juga mengambil langkah untuk tidak menamakan atau meletakkan nama samaran bagi data tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sebagai contoh, kami menjadikan data pengiklanan tanpa nama dalam log pelayan dengan mengalih keluar sebahagian daripada alamat IP selepas 9 bulan dan maklumat kuki selepas 18 bulan. Kami juga mungkin mengekalkan data yang diletakkan dengan nama samaran, seperti pertanyaan yang telah diputuskan sambungan daripada Google Account pengguna, untuk tempoh masa yang ditetapkan.

Maklumat dikekalkan sehingga Akaun Google anda dipadamkan

Kami menyimpan sesetengah data sepanjang hayat Google Account anda jika data tersebut berguna dalam membantu kami memahami cara pengguna berinteraksi dengan ciri kami dan cara kami dapat meningkatkan perkhidmatan kami. Sebagai contoh, jika anda memadamkan alamat yang anda cari dalam Google Maps, akaun anda mungkin masih menyimpan maklumat bahawa anda pernah menggunakan ciri arah. Dengan cara itu, Google Maps boleh mengelak daripada menunjukkan kepada anda cara menggunakan ciri arah pada masa hadapan.

Maklumat disimpan untuk tempoh yang dilanjutkan bagi tujuan tertentu

Kadangkala keperluan perniagaan dan undang-undang menghendaki kami mengekalkan maklumat tertentu bagi tujuan yang khusus, untuk jangka masa yang panjang. Contohnya, apabila Google memproses pembayaran untuk anda atau apabila anda membuat pembayaran kepada Google, kami akan mengekalkan data ini untuk jangka masa yang lebih panjang seperti yang diperlukan untuk tujuan pencukaian atau perakaunan. Antara sebab kami mungkin mengekalkan sesetengah data untuk tempoh masa yang lebih panjang termasuk:

Membolehkan pemadaman selamat dan lengkap

Apabila anda memadamkan data dalam akaun Google anda, kami akan memulakan proses pengalihan keluar data tersebut daripada produk dan sistem kami dengan serta-merta. Matlamat kami yang pertama adalah untuk mengalih keluar data tersebut daripada paparan dan data itu tidak boleh digunakan lagi untuk memperibadikan pengalaman Google anda. Contohnya, jika anda memadamkan video yang anda tonton daripada papan pemuka Aktiviti Saya, YouTube akan berhenti menunjukkan kemajuan tontonan anda untuk video itu dengan serta-merta.

Kemudian kami akan memulakan proses yang dibentuk untuk memadamkan data daripada sistem storan kami dengan selamat dan sepenuhnya. Pemadaman yang selamat adalah penting untuk melindungi pengguna dan pelanggan kami daripada kehilangan data yang tidak disengajakan. Pemadaman data sepenuhnya daripada pelayan kami sama pentingnya untuk ketenangan fikiran pengguna. Proses ini biasanya mengambil masa kira-kira 2 bulan dari masa pemadaman. Tempoh ini selalunya merangkumi tempoh pemulihan selama sebulan sekiranya data telah dialih keluar secara tidak sengaja.

Setiap sistem storan Google yang akan memadamkan data memiliki proses terperinci untuk pemadaman yang selamat dan lengkap. Proses ini mungkin melibatkan penghantaran berulang melalui sistem untuk mengesahkan semua data telah dipadamkan atau penangguhan singkat untuk membolehkan pemulihan daripada kesilapan. Akibatnya, pemadaman mungkin mengambil masa yang lebih lama apabila masa tambahan diperlukan untuk memadamkan data dengan selamat dan sepenuhnya.

Perkhidmatan kami turut menggunakan storan sandaran yang disulitkan sebagai lapisan perlindungan yang lain untuk membantu pemulihan daripada bencana yang mungkin berlaku. Data boleh disimpan pada sistem ini sehingga 6 bulan.

Seperti mana-mana proses pemadaman, perkara seperti penyelenggaraan rutin, gangguan, pepijat atau kegagalan dalam protokol kami yang tidak dijangka boleh menyebabkan kelewatan dalam proses dan jangka masa yang ditakrifkan dalam artikel ini. Kami menyelenggarakan sistem yang direka untuk mengesan dan mengatasi masalah sedemikian.

Keselamatan, pencegahan penipuan & penyalahgunaan

Huraian

Untuk melindungi anda, orang lain dan Google daripada penipuan, penyalahgunaan dan akses yang tidak dibenarkan.

Senario

Contohnya, apabila Google mengesyaki seseorang melakukan penipuan iklan.

Penyimpanan rekod kewangan

Huraian

Apabila Google terlibat dalam transaksi kewangan, termasuk apabila Google memproses pembayaran anda atau apabila anda membuat pembayaran kepada Google. Keperluan mengekalkan maklumat ini untuk tempoh yang panjang sering diperlukan untuk tujuan seperti perakaunan, penyelesaian pertikaian dan pematuhan cukai, pengembalian harta, anti pengubahan wang haram dan peraturan kewangan yang lain.

Senario

Contohnya, apabila anda membeli apl daripada Gedung Play atau produk daripada Google Store.

Mematuhi keperluan undang-undang atau kawal selia

Huraian

Untuk mematuhi sebarang undang-undang yang berkenaan, peraturan, proses perundangan atau arahan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan atau dikehendaki menguatkuasakan Syarat Perkhidmatan yang berkenaan, termasuk menyiasat pelanggaran yang mungkin berlaku.

Senario

Contohnya, jika Google menerima sepina yang sah.

Memastikan kesinambungan perkhidmatan kami

Huraian

Untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan untuk anda dan pengguna lain.

Senario

Contohnya, apabila anda berkongsi maklumat dengan pengguna lain (seperti apabila anda telah menghantar e-mel kepada orang lain), tindakan memadamkan maklumat itu daripada Akaun Google anda tidak akan memadamkan salinan yang disimpan oleh penerima.

Komunikasi langsung dengan Google

Huraian

Jika anda telah berkomunikasi secara langsung dengan Google, melalui saluran sokongan pelanggan, borang maklum balas atau laporan pepijat, Google mungkin menyimpan rekod yang sewajarnya tentang komunikasi tersebut.

Senario

Contohnya, apabila anda menghantar maklum balas dalam apl Google seperti Gmail atau Drive.

Apl Google
Menu utama