Takrif
- anggota gabungan
- cap dagangan
- hak cipta
- hak harta intelektual (hak IP)
- jaminan
- kandungan anda
- liabiliti
- melindungi atau perlindungan
- organisasi
- penafian
- pengguna
- pengguna perniagaan
- perkhidmatan
anggota gabungan
Entiti yang dimiliki oleh kumpulan syarikat Google, yang bermakna Google LLC dan anak syarikatnya, termasuk syarikat yang berikut yang menyediakan perkhidmatan pengguna di EU: Google Ireland Limited, Google Commerce Ltd, dan Google Dialer Inc.
cap dagangan
Simbol, nama dan imej yang digunakan dalam perdagangan yang berupaya untuk membezakan barangan atau perkhidmatan orang perseorangan atau organisasi daripada yang dimiliki oleh orang atau organisasi lain.
hak cipta
Hak perundangan yang membolehkan pencipta karya asal (seperti catatan blog, foto, atau video) menentukan jika dan cara karya asal itu boleh digunakan oleh orang lain, tertakluk pada had dan pengecualian tertentu (seperti “penggunaan saksama” dan “urus niaga saksama”).
hak harta intelektual (hak IP)
Hak atas ciptaan daripada minda seseorang, seperti reka cipta (hak paten); karya kesusasteraan dan seni (hak cipta); reka bentuk (hak reka bentuk); dan simbol, nama serta imej yang digunakan dalam perdagangan (cap dagangan). Hak IP mungkin milik anda, individu lain atau organisasi.
jaminan
Jaminan bahawa produk atau perkhidmatan akan memberikan prestasi pada tahap tertentu.
kandungan anda
Bahan digital yang anda buat, muat naik, serah, simpan, hantar, terima atau kongsi menggunakan perkhidmatan kami, seperti:
- Docs, Sheets dan Slides yang anda buat
- catatan blog yang anda muat naik melalui Blogger
- ulasan yang anda serahkan melalui Maps
- video yang anda simpan dalam Drive
- e-mel yang anda hantar dan terima melalui Gmail
- gambar yang anda kongsi dengan rakan melalui Photos
- jadual perjalanan yang anda kongsi dengan Google
liabiliti
Kerugian daripada sebarang jenis tuntutan perundangan, sama ada tuntutan itu berdasarkan kontrak, tort (termasuk kecuaian), atau sebab lain, dan tidak kira sama ada kerugian itu boleh dijangkakan atau diramalkan atau tidak.
melindungi atau perlindungan
Kewajipan kontrak orang perseorangan atau organisasi untuk memberikan pampasan bagi kerugian yang ditanggung oleh orang atau organisasi lain akibat daripada prosiding undang-undang seperti tuntutan mahkamah.
organisasi
Entiti sah (seperti perbadanan, organisasi bukan untung, atau sekolah) dan bukan individu.
penafian
Pernyataan yang mengehadkan tanggungjawab perundangan seseorang.
pengguna
Individu yang menggunakan perkhidmatan Google untuk tujuan peribadi dan bukan komersial di luar skop perdagangan, perniagaan, kemahiran atau pekerjaan mereka. (Lihat pengguna perniagaan)
pengguna perniagaan
Individu atau entiti yang bukan pengguna (lihat pengguna).
perkhidmatan
Perkhidmatan Google yang tertakluk pada syarat ini ialah produk dan perkhidmatan yang disenaraikan pada https://policies.google.com/terms/service-specific, termasuk:
- apl dan laman (seperti Search dan Maps)
- platform (seperti Google Shopping)
- perkhidmatan bersepadu (seperti Maps yang dibenamkan dalam apl atau tapak syarikat lain)
- peranti dan barangan lain (seperti Google Nest)
Kebanyakan perkhidmatan ini juga termasuk kandungan yang boleh anda strim atau berinteraksi.