Bagaimanakah Google melindungi privasi saya dan mengekalkan maklumat saya selamat?

Kami tahu keselamatan dan privasi itu penting kepada anda – dan penting kepada kami juga. Menyediakan keselamatan yang kukuh dan memberi anda keyakinan bahawa maklumat anda selamat dan boleh diakses apabila anda memerlukannya menjadi keutamaan kami.

Kami sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan yang kukuh, melindungi privasi anda dan menjadikan Google lebih berkesan dan cekap untuk anda. Kami menghabiskan beratus-ratus juta dolar setiap tahun untuk aspek keselamatan dan melantik pakar dalam bidang keselamatan data yang terkenal di dunia untuk memastikan maklumat anda sentiasa selamat. Kami turut membina alat privasi dan keselamatan yang mudah digunakan seperti Google Dashboard, pengesahan 2 langkah dan Tetapan Iklan. Jadi, apabila menyentuh tentang maklumat yang anda kongsi dengan Google, andalah yang mengawalnya.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang keselamatan dalam talian, termasuk cara melindungi diri dan keluarga anda dalam talian, di Pusat Keselamatan Google.

Ketahui lebih lanjut tentang cara kami memastikan maklumat peribadi anda sulit dan selamat — dan membolehkan anda mengawal maklumat anda.

Mengapakah akaun saya dikaitkan dengan negara?

Akaun anda dikaitkan dengan negara (atau wilayah) dalam Syarat Perkhidmatan supaya kami dapat menentukan dua perkara:

  1. Ahli gabungan Google yang menyediakan perkhidmatan, memproses maklumat anda dan bertanggungjawab mematuhi undang-undang privasi yang dikenakan. Secara umumnya, Google menawarkan perkhidmatan pengguna melalui salah satu antara dua syarikat:
    1. Google Ireland Limited, jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah (negara EU termasuk Iceland, Liechtenstein dan Norway) atau Switzerland
    2. Google LLC, berpusat operasi di Amerika Syarikat, untuk seluruh dunia
  2. Versi syarat yang mengawal perhubungan kita, yang boleh berbeza bergantung pada undang-undang tempatan

Harap maklum bahawa perkhidmatan Google adalah sama pada dasarnya tanpa mengira ahli gabungan yang memberikan perkhidmatan atau perkaitan negara.

Menentukan negara yang dikaitkan dengan akaun anda

Apabila anda membuat akaun baharu, kami mengaitkan akaun anda dengan negara berdasarkan lokasi anda membuat Akaun Google anda. Untuk akaun yang sudah dibuat sekurang-kurangnya setahun, kami menggunakan negara yang biasanya anda akses perkhidmatan Google — biasanya lokasi yang anda luangkan paling banyak masa pada tahun sebelumnya.

Secara umumnya, perjalanan yang kerap tidak mempengaruhi negara yang dikaitkan dengan akaun anda. Jika anda berpindah ke negara baharu, perkaitan negara anda boleh mengambil masa kira-kira setahun untuk dikemas kini.

Jika negara yang dikaitkan dengan akaun anda tidak sepadan dengan negara kediaman anda, mungkin hal ini disebabkan anda tinggal dan bekerja di negara yang berbeza, anda telah memasang Rangkaian Peribadi Maya (VPN) untuk menyembunyikan alamat IP anda atau anda tinggal berdekatan dengan sempadan wilayah. Hubungi kami jika anda berpendapat terdapat kesilapan pada perkaitan negara anda.

Bagaimana hendak mengalih keluar maklumat mengenai diri saya daripada hasil carian Google?

Hasil carian Google ialah gambaran kandungan yang tersedia secara umum di web. Enjin carian tidak boleh mengalih keluar kandungan terus daripada tapak web, oleh itu mengalih keluar hasil carian daripada Google tidak akan mengalih keluar kandungan tersebut daripada web. Jika anda mahu mengalih keluar sesuatu daripada web, anda perlu menghubungi juruweb tapak kandungan yang menyiarkan kandungan tersebut dan minta beliau membuat perubahan. Apabila kandungan telah dialih keluar dan Google telah memaklumi kemas kini tersebut, maklumat ini tidak lagi akan dipaparkan dalam hasil carian Google. Jika anda mempunyai permintaan pengalihan keluar segera, anda juga boleh melawati halaman bantuan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah pertanyaan carian saya dihantar ke laman web apabila saya klik pada hasil Carian Google?

Benar, dalam sesetengah kes. Apabila anda mengklik pada hasil carian dalam Carian Google, penyemak imbas web anda boleh juga menghantar alamat Internet atau URL halaman hasil carian tersebut ke halaman web destinasi sebagai URL Perujuk. URL halaman hasil carian kadangkala mengandungi pertanyaan carian yang anda masukkan. Jika anda menggunakan Carian SSL (fungsi carian Google yang disulitkan), dalam kebanyakan keadaan, istilah carian anda tidak akan dihantar sebagai sebahagian daripada URL dalam URL Perujuk. Terdapat beberapa pengecualian untuk gelagat ini, misalnya jika anda menggunakan sesetengah menyemak imbas yang kurang popular. Maklumat lanjut tentang Carian SSL boleh didapati di sini. Pertanyaan atau maklumat carian yang terkandung dalam URL Perujuk mungkin tersedia melalui Analitis Google atau antara muka pengaturcaraan aplikasi (API). Di samping itu, pengiklan mungkin menerima maklumat yang berkaitan dengan kata kunci tepat yang mencetuskan klik iklan.

Apl Google
Menu utama