Privasi & Syarat
Privasi & Syarat

Pengenalan

Misi Google adalah untuk mengatur maklumat dunia dan menjadikan maklumat itu berguna serta boleh diakses secara universal. Maklumat lokasi memainkan peranan penting untuk melaksanakan misi itu. Daripada menyediakan arah memandu, memastikan hasil carian anda merangkumi perkara berdekatan anda, sehinggalah memaparkan waktu sibuk sesebuah restoran kepada anda, maklumat lokasi dapat menjadikan pengalaman anda pada seluruh Google lebih berkaitan dan berguna.

Maklumat lokasi juga membantu kefungsian beberapa produk teras, seperti menyediakan laman web dalam bahasa yang betul atau membantu untuk memastikan perkhidmatan Google selamat.

Dasar Privasi Google menerangkan cara Google menggunakan data, termasuk maklumat lokasi apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan Google. Halaman ini menyediakan butiran tambahan tentang maklumat lokasi yang digunakan oleh Google dan cara anda boleh mengawal cara penggunaan maklumat tersebut. Sesetengah amalan data mungkin berbeza untuk pengguna berumur bawah 18 tahun. Ketahui lebih lanjut dalam Notis Privasi untuk Google Account dan Profil Diurus dengan Family Link, untuk Kanak-kanak Google dan Panduan Privasi Remaja Google.

Bagaimanakah Google menggunakan maklumat lokasi?

Cara Google menggunakan maklumat lokasi berbeza-beza, bergantung pada perkhidmatan atau ciri yang digunakan serta peranti dan tetapan akaun pengguna. Yang berikut ialah beberapa cara utama Google mungkin menggunakan maklumat lokasi.

Untuk menyediakan pengalaman yang berguna

Google mungkin menggunakan atau menyimpan maklumat lokasi untuk menyediakan perkhidmatan lebih berguna kepada pengguna apabila mereka berinteraksi dengan produk Google, seperti menyediakan hasil carian yang lebih berkaitan secara setempat dan lebih pantas, ramalan trafik untuk perjalanan ulang-alik harian pengguna dan cadangan yang mengambil kira konteks pengguna. Contohnya, pengguna yang sedang mencari waktu tayangan filem berkemungkinan mahu menonton filem di panggung wayang berhampiran, bukan di bandar lain. Dalam Google Maps, maklumat lokasi membantu pengguna mencari tempat pada peta dan menavigasi ke tempat yang mahu dikunjungi.

Untuk membantu pengguna mengingati tempat yang telah dikunjungi oleh mereka

Pengguna boleh memilih untuk mengimbau masa lalu dan mengingati tempat yang dikunjungi oleh mereka dengan peranti log masuk mereka menggunakan Garis Masa. Garis Masa ialah tetapan Google Account yang membuat peta bagi tempat yang pernah anda kunjungi dan laluan yang pernah anda gunakan pada setiap peranti anda. Jika anda memilih untuk menggunakan Garis Masa, lokasi tepat peranti anda akan disimpan dengan kerap pada peta peribadi dan peranti anda, termasuk apabila anda tidak membuka apl Google. Maklumat ini boleh dilihat dan dipadamkan pada bila-bila masa dalam Garis Masa.

Untuk membantu pengguna mendapatkan hasil carian yang lebih berguna dan lebih pantas

Sebagai contoh, Sejarah Perkhidmatan Carian ialah tetapan Google Account yang membolehkan pengguna yang log masuk menyimpan aktiviti dan maklumat yang berkaitan seperti lokasi daripada perkhidmatan seperti Search, Maps dan Shopping. Apabila tetapan Syor yang Diperibadikan dalam perkhidmatan Search anda dihidupkan, perkhidmatan ini boleh memberikan hasil carian, suapan yang dipilih susun dan respons AI yang berkaitan dengan kawasan umum bagi tempat anda membuat carian pada masa lalu.

Untuk memaparkan lebih banyak iklan berkaitan

Maklumat lokasi anda boleh membantu Google memaparkan iklan yang lebih berkaitan kepada anda. Apabila anda mencari sesuatu seperti “kedai kasut berdekatan saya”, maklumat lokasi boleh digunakan untuk memaparkan iklan dari kedai kasut yang berdekatan anda. Atau, katakan anda mencari insurans untuk haiwan kesayangan, pengiklan mungkin memaparkan manfaat yang berbeza di kawasan yang berbeza. Ketahui lebih lanjut tentang cara maklumat lokasi digunakan untuk memaparkan iklan.

Untuk menjadikan pengalaman lebih selamat

Google menggunakan maklumat tentang lokasi anda untuk menyediakan beberapa perkhidmatan asas, seperti memastikan keselamatan akaun anda dengan mengesan aktiviti luar biasa atau log masuk dari bandar baharu.

Untuk memaparkan arah aliran komuniti tanpa nama, anggaran serta untuk tujuan penyelidikan

Google juga menggunakan maklumat lokasi awanama teragregat untuk tujuan penyelidikan dan memaparkan arah aliran komuniti.

Untuk melihat lebih banyak cara penggunaan maklumat lokasi, lawati Dasar Privasi Google.

Bagaimanakah lokasi berfungsi pada peranti dan apl Android saya?

Anda boleh mendapatkan hasil carian setempat, ramalan perjalanan ulang-alik dan menemukan restoran yang berdekatan menerusi lokasi peranti anda. Tetapan peranti Android bagi telefon mudah alih atau tablet membolehkan anda mengawal sama ada perkhidmatan lokasi pada peranti anda menganggarkan lokasi atau tidak dan juga sama ada apl dan perkhidmatan tertentu pada peranti anda boleh menggunakan lokasi peranti atau tidak selain cara lokasi peranti digunakan.

Cara anda boleh mengawal penggunaan lokasi peranti apl

Anda boleh mengawal jenis apl yang diberi kebenaran untuk menggunakan lokasi peranti dalam tetapan peranti Android anda. Dalam tetapan, kawalan membolehkan anda memilih sama ada apl boleh mengakses lokasi tepat atau anggaran. Kami telah menambahkan kawalan yang membolehkan anda memutuskan sama ada apl boleh mengakses lokasi peranti pada bila-bila masa, hanya semasa apl digunakan, jika apl perlu bertanya setiap kali atau tidak boleh sama sekali. Ketersediaan tetapan dan kawalan ini bergantung pada versi Android yang dijalankan pada peranti anda. Ketahui lebih lanjut.

Cara lokasi peranti berfungsi

Bergantung pada tetapan peranti anda, peranti Android menganggarkan lokasi menggunakan input yang berbeza, termasuk GPS, penderia (seperti akselerometer, giroskop, magnetometer dan barometer), isyarat rangkaian mudah alih dan isyarat Wi-Fi. Input ini boleh digunakan untuk menganggarkan lokasi dengan setepat mungkin dan diberikan kepada apl serta perkhidmatan pada peranti yang memiliki kebenaran yang diperlukan. Ketahui lebih lanjut tentang tetapan lokasi peranti Android anda.

Isyarat rangkaian mudah alih dan Wi-Fi boleh membantu Android menganggarkan lokasi peranti, terutamanya dalam persekitaran tanpa isyarat GPS atau jika isyarat GPS tidak tepat, termasuk kawasan bandar yang padat atau apabila berada dalam bangunan. Ketepatan Lokasi Google (GLA, juga dikenali sebagai Perkhidmatan Lokasi Google) ialah perkhidmatan Google yang menggunakan isyarat ini untuk meningkatkan anggaran lokasi peranti.

Untuk menyediakan lokasi yang lebih tepat, apabila dihidupkan, GLA mengumpulkan maklumat lokasi daripada peranti Android anda secara berkala—termasuk GPS dan maklumat tentang titik akses Wi-Fi, rangkaian mudah alih dan penderia peranti—menggunakan pengecam peranti berputar sementara yang tidak dikaitkan dengan mana-mana individu yang khusus. GLA menggunakan maklumat ini untuk meningkatkan ketepatan lokasi dan menyediakan perkhidmatan berasaskan lokasi, termasuk dengan membina peta bagi titik akses Wi-Fi dan menara rangkaian mudah alih daripada sumber khalayak.

Anda boleh mematikan GLA pada bila-bila masa dalam tetapan lokasi peranti Android anda. Lokasi peranti Android anda akan terus berfungsi walaupun GLA dimatikan dan peranti akan bergantung pada GPS dan penderia peranti sahaja untuk menganggarkan lokasi peranti.

Bagaimanakah Google mengetahui lokasi saya?

Bergantung pada produk yang anda gunakan dan tetapan yang anda pilih, Google mungkin menggunakan jenis maklumat lokasi yang berbeza supaya sesetengah perkhidmatan dan produk lebih berguna bagi anda.

Maklumat lokasi ini boleh diambil daripada isyarat masa nyata, seperti alamat IP anda atau daripada peranti anda, selain aktiviti anda yang disimpan pada laman dan perkhidmatan Google. Yang berikut ialah cara utama Google boleh mendapatkan maklumat tentang lokasi anda.

Daripada alamat IP anda

Alamat IP, juga dipanggil sebagai alamat Protokol Internet, ialah nombor yang diberikan kepada komputer atau peranti anda oleh Penyedia Perkhidmatan Internet anda. Alamat IP digunakan untuk membuat sambungan antara peranti anda dengan laman web dan perkhidmatan yang anda gunakan.

Seperti kebanyakan perkhidmatan Internet yang lain, Google mungkin menggunakan maklumat tentang kawasan umum tempat anda berada untuk menyediakan beberapa perkhidmatan asas—hasil carian yang berkaitan, seperti apabila seseorang membuat carian untuk bertanya tentang waktu semasa atau memastikan akaun anda selamat dengan mengesan aktiviti yang luar biasa, seperti log masuk dari bandar baharu.

Sentiasa ingat: Peranti memerlukan alamat IP untuk menghantar dan menerima trafik Internet. Alamat IP ditentukan secara kasar berdasarkan geografi. Hal ini bermaksud bahawa sebarang apl, perkhidmatan atau laman web yang anda gunakan, termasuk google.com, mungkin boleh menyimpulkan dan menggunakan sedikit maklumat tentang kawasan umum anda daripada alamat IP anda.

Daripada aktiviti anda yang disimpan

Jika anda log masuk ke Google Account anda dan menghidupkan kawalan sejarah tertentu, seperti Sejarah Perkhidmatan Carian dan Aktiviti Web & Apl, data aktiviti anda pada laman, apl dan perkhidmatan Google mungkin disimpan sebagai sejarah dalam Google Account anda. Sesetengah aktiviti mungkin menyertakan maklumat tentang kawasan umum tempat anda berada semasa menggunakan perkhidmatan Google. Apabila anda mencari sesuatu menggunakan kawasan umum, carian anda akan menggunakan kawasan seluas sekurang-kurangnya 3 km persegi atau kawasan yang diluaskan sehingga mewakili lokasi sekurang-kurangnya 1,000 orang. Perkara ini membantu Google melindungi privasi anda.

Dalam sesetengah keadaan, kawasan yang pernah dicari oleh anda sebelum ini mungkin digunakan untuk menganggarkan lokasi yang berkaitan untuk carian anda. Sebagai contoh, jika anda mencari kedai kopi semasa anda berada di Chelsea, Google mungkin memaparkan hasil carian berkaitan Chelsea untuk carian pada masa hadapan.

Anda boleh melihat dan mengawal cara data aktiviti disimpan dalam Google Account anda pada Aktiviti Saya.

Jika anda tidak log masuk ke Google Account anda, Google mungkin menyimpan sedikit maklumat lokasi bagi carian terdahulu daripada peranti yang anda gunakan untuk memberikan hasil carian dan syor yang lebih berkaitan. Jika anda mematikan penyesuaian Search, Google tidak akan menggunakan aktiviti carian yang terdahulu untuk menganggarkan lokasi anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara membuat carian dan menyemak imbas secara peribadi.

Daripada alamat rumah atau tempat kerja yang anda simpan

Anda boleh memilih untuk menyimpan tempat yang penting bagi anda pada Google Account anda, seperti rumah atau tempat kerja anda. Jika anda menetapkan alamat rumah dan tempat kerja anda, maklumat ini boleh digunakan untuk membantu anda melakukan beberapa perkara dengan lebih mudah, seperti mendapatkan arah atau menemukan hasil carian yang lebih hampir dengan rumah atau tempat kerja anda, serta untuk tujuan pengiklanan.

Anda boleh mengedit atau memadamkan alamat rumah atau tempat kerja anda pada bila-bila masa dalam Google Account anda.

Daripada peranti anda

Cara apl Google menggunakan lokasi anda daripada peranti anda

Peranti memiliki tetapan atau kebenaran yang boleh anda gunakan untuk mengawal sama ada lokasi tepat anda tersedia kepada apl atau tidak, termasuk apl Google seperti Search dan Maps. Lokasi tepat sebegini berguna pada apl, seperti Google Maps untuk memberikan arah atau membantu anda mendapatkan hasil carian berdekatan yang berguna. Sebagai contoh, anda akan mendapat hasil carian yang lebih berkaitan untuk perkara seperti tempat setempat dan maklumat cuaca apabila tetapan atau kebenaran lokasi tepat dihidupkan.

iOS dan Android mengandungi tetapan untuk kebenaran lokasi apl yang boleh anda hidupkan atau matikan. Anda boleh membenarkan apl menggunakan lokasi anda untuk menyediakan ciri dan perkhidmatan berasaskan lokasi. Sentiasa ingat, adakalanya apl perlu menyimpan lokasi tepat anda buat sementara waktu supaya apl anda dapat memberi anda hasil carian yang berguna dengan pantas atau menjimatkan bateri dengan mengelakkan keperluan untuk mengemaskinikan lokasi pada setiap masa.

Sesetengah apl memerlukan akses kepada lokasi peranti anda pada latar, seperti Cari Peranti Saya atau jika anda mahu menggunakan ciri tertentu seperti Perkongsian Lokasi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara lokasi berfungsi pada peranti Android anda, lihat di sini.

Bagaimanakah Garis Masa, Sejarah Perkhidmatan Carian dan Aktiviti Web & Apl disimpan dalam Google Account saya?

Garis Masa dan Aktiviti Web & Apl

Garis masa, Aktiviti Web & Apl dan Sejarah Perkhidmatan Carian ialah tetapan Google Account yang membolehkan pengguna menyimpan aktiviti dan maklumat yang berkaitan seperti lokasi. Yang berikut ialah ikhtisar setiap tetapan. Sentiasa ingat, ciri atau produk lain juga boleh mengumpulkan atau menyimpan maklumat lokasi.

Garis Masa

Jika anda menghidupkan Garis Masa, tindakan ini akan membuat peta peribadi pada setiap peranti log masuk anda yang membantu anda mengingati tempat yang pernah anda kunjungi, serta laluan dan perjalanan yang telah anda ambil.

Garis Masa dimatikan secara lalai. Jika anda menghidupkan Garis Masa, lokasi peranti anda yang tepat disimpan dengan kerap untuk setiap peranti mudah alih yang layak yang anda log masuk. Lokasi peranti ini digunakan untuk membina Garis Masa anda, termasuk apabila apl Google tidak digunakan.

Untuk memastikan pengalaman Google lebih berguna bagi semua orang, data Garis Masa boleh digunakan untuk

  • menunjukkan arah aliran komuniti, seperti waktu popular dan kesesakan transit, berdasarkan data lokasi teragregat
  • mengesan dan mencegah penipuan dan penyalahgunaan
  • meningkatkan dan menyediakan perkhidmatan Google termasuk produk pengiklanan

Bergantung pada tetapan anda, aktiviti yang anda simpan sebagai sejarah dalam Akaun anda, termasuk interaksi iklan, juga boleh disambungkan kepada data Garis Masa untuk membantu perniagaan berdekatan menganggarkan kemungkinan orang akan melawat kedai mereka. Tiada maklumat peribadi dikongsi dengan perniagaan.

Garis Masa anda juga boleh membantu untuk memeribadikan pengalaman Google anda, seperti menghantar pemberitahuan kepada anda tentang perjalanan ulang-alik anda dalam Google Maps.

Anda boleh menyemak, mengedit dan memadamkan maklumat yang disimpan dalam Garis Masa anda pada bila-bila masa. Untuk melihat sama ada anda telah menghidupkan Garis Masa atau tidak, lawati Aktiviti Saya. Pada Kawalan Aktiviti, anda akan dapat mengawal tetapan Garis Masa anda.

Lokasi tepat anda dikumpulkan sebagai sebahagian daripada tetapan Garis Masa dengan kekerapan yang berbeza-beza. Sebagai contoh, jika anda menggunakan navigasi dalam Google Maps, maklumat lokasi anda mungkin dikumpulkan beberapa kali setiap minit. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menggunakan telefon anda secara aktif, maklumat lokasi anda mungkin dikumpulkan sekali dalam masa beberapa jam.

Tempoh data Garis Masa anda disimpan bergantung pada tetapan anda—anda boleh memilih untuk memadamkan data ini secara automatik selepas tempoh 3, 18 atau 36 bulan. Anda juga boleh menyimpan data sehingga anda memadamkan data tersebut. Anda boleh menukar pilihan ini dalam Aktiviti Saya pada bila-bila masa.

Sentiasa ingat

Jika anda mematikan Garis Masa

  • Google akan terus menyimpan sebarang data Garis Masa terdahulu yang telah anda simpan sehingga anda memadamkan data tersebut atau data dipadamkan selepas tempoh masa yang anda pilih sebagai tetapan autopadam anda.
  • Tindakan mematikan Garis Masa tidak mempengaruhi cara maklumat lokasi disimpan atau digunakan oleh kawalan aktiviti lain seperti Sejarah Perkhidmatan Carian dan Aktiviti Web & Apl atau oleh produk Google yang lain, mis. berdasarkan alamat IP anda. Anda mungkin masih mempunyai tetapan lain yang menyimpan maklumat lokasi.

Untuk melihat sama ada anda telah menghidupkan Garis Masa atau tidak, lawati Aktiviti Saya. Ketahui lebih lanjut.

Sejarah Perkhidmatan Carian

Sejarah Perkhidmatan Carian menyimpan aktiviti pada perkhidmatan seperti Search, Maps, Shopping, Hotels, Flights, Translate dan News pada Google Account anda apabila anda log masuk. Sejarah merangkumi perkara seperti carian anda, tempat yang anda lihat dalam Google Maps, perjalanan yang anda tempah dengan Flights dan Hotels, perkara atau produk yang anda cari, iklan yang anda klik dan maklumat daripada laman web yang anda lawati dengan perkhidmatan Search. Sejarah juga merangkumi media yang berkaitan (seperti imej, fail dan audio) daripada interaksi anda.

Sejarah anda juga boleh merangkumi maklumat tentang lokasi anda daripada kawasan umum dan alamat IP peranti anda. Sebagai contoh, jika anda mencari maklumat cuaca dan mendapatkan hasil carian bagi lokasi yang dihantar daripada peranti anda, aktiviti ini disimpan pada Sejarah Perkhidmatan Carian yang turut merangkumi kawasan umum tempat anda membuat carian pada peranti tersebut. Lokasi tetap yang dihantar oleh peranti anda tidak disimpan, hanya kawasan umum lokasi akan disimpan. Lokasi yang disimpan, yang boleh digunakan untuk membantu Google menentukan lokasi yang lebih berkaitan bagi carian pada masa hadapan, boleh diperoleh daripada alamat IP atau peranti anda. Metadata lokasi yang disimpan ini akan dipadamkan daripada Sejarah Perkhidmatan Carian anda secara automatik selepas 30 hari.

Sejarah Perkhidmatan Carian digunakan untuk menyesuaikan pengalaman anda pada perkhidmatan Google. Sebagai contoh, tindakan menyimpan sejarah anda dapat membantu anda melawati semula carian sebelumnya, menyambung semula perbualan terdahulu dengan AI Mode atau Tanya Maps atau mendapatkan cadangan Autolengkap berdasarkan carian yang lalu. Bergantung pada tetapan pemeribadian anda, data Sejarah Perkhidmatan Carian boleh digunakan untuk memberi anda syor dan pengalaman yang diperibadikan dalam perkhidmatan Search atau merentas perkhidmatan Google yang lain. Sebagai contoh, jika tetapan Syor yang Diperibadikan anda dihidupkan, perkhidmatan Search boleh memberikan hasil carian, suapan yang dipilih susun dan respons AI yang diperibadikan untuk anda berdasarkan maklumat dalam Google Account anda, termasuk Sejarah Perkhidmatan Carian anda dan maklumat yang berkaitan seperti lokasi. Hal ini bermakna anda mungkin melihat hasil carian yang berkaitan dengan lokasi umum bagi tempat anda membuat carian pada masa lalu. Sejarah Perkhidmatan Carian juga boleh digunakan untuk memaparkan lebih banyak iklan yang berkaitan dengan anda, bergantung pada tetapan iklan anda. Sejarah Perkhidmatan Carian akan berfungsi pada semua peranti anda selagi anda log masuk ke akaun anda.

Anda boleh menyemak dan memadamkan lokasi dan maklumat lain yang disimpan dengan Sejarah Perkhidmatan Carian anda atau mematikan tetapan ini dengan melawati Aktiviti Saya. Apabila tetapan ini dimatikan, aktiviti baharu daripada perkhidmatan Search tidak akan disimpan pada Sejarah Perkhidmatan Carian anda dalam Google Account anda.

Sentiasa ingat

Apabila anda mematikan Sejarah Perkhidmatan Carian

  • Anda mungkin masih mempunyai aktiviti yang disimpan. Data ini mungkin digunakan sehingga anda membuat pemadaman. Anda boleh memadamkan data ini pada bila-bila masa. Maklumat lokasi anda yang disimpan masih akan dipadamkan secara automatik selepas 30 hari.
  • Tindakan mematikan Sejarah Perkhidmatan Carian tidak mempengaruhi cara maklumat lokasi disimpan atau digunakan oleh tetapan lain, seperti Garis Masa. Anda mungkin masih mempunyai jenis maklumat lokasi lain yang disimpan kerana tetapan lain, termasuk alamat IP.

Untuk melihat sama ada Sejarah Perkhidmatan Carian anda dihidupkan atau tidak, lawati Aktiviti Saya.

Aktiviti Web & Apl

Data Aktiviti Web & Apl digunakan untuk memastikan pengalaman anda lebih diperibadikan dalam sesetengah perkhidmatan Google, seperti Google Assistant, Google Store dan Google TV. Data ini juga boleh digunakan untuk memaparkan lebih banyak iklan yang berkaitan dengan anda, bergantung pada tetapan iklan anda. Aktiviti Web & Apl akan berfungsi pada semua peranti anda selagi anda log masuk ke akaun anda.

Apabila Aktiviti Web & Apl dihidupkan, Google akan menyimpan data tentang interaksi anda pada semua perkhidmatan Google dalam Aktiviti Web & Apl akaun anda. Data ini termasuk maklumat yang berkaitan, seperti kawasan umum tempat anda menggunakan perkhidmatan Google.

Sebagai contoh, jika anda meminta maklumat cuaca daripada Google Assistant dan mendapat hasil carian untuk lokasi yang dihantar daripada peranti anda, aktiviti ini, termasuk kawasan umum tempat peranti anda berada semasa anda meminta maklumat tersebut, disimpan pada Aktiviti Web & Apl anda. Lokasi tetap yang dihantar oleh peranti anda tidak disimpan, hanya kawasan umum lokasi akan disimpan. Lokasi yang disimpan, yang boleh digunakan untuk membantu Google menentukan lokasi yang lebih berkaitan bagi interaksi pada masa hadapan, boleh diperoleh daripada alamat IP atau peranti anda. Lokasi yang disimpan ini akan dipadamkan daripada Aktiviti Web & Apl anda secara automatik selepas 30 hari.

Data Aktiviti Web & Apl membantu Google untuk memahami kawasan umum yang berkaitan dengan anda dan menyertakan hasil carian bagi kawasan tersebut apabila anda melakukan perkara seperti berinteraksi dengan Google Assistant.

Anda boleh menyemak dan memadamkan lokasi dan maklumat lain yang disimpan dengan Aktiviti Web & Apl anda atau mematikan tetapan ini dengan melawat Aktiviti Saya. Apabila tetapan ini dimatikan, aktiviti baharu tidak akan disimpan dalam Aktiviti Web & Apl dalam Google Account anda.

Sentiasa ingat

Apabila anda mematikan Aktiviti Web & Apl

  • Anda mungkin masih mempunyai aktiviti yang disimpan. Data ini mungkin digunakan sehingga anda membuat pemadaman. Anda boleh memadamkan data ini pada bila-bila masa. Maklumat lokasi anda yang disimpan masih akan dipadamkan secara automatik selepas 30 hari.
  • Tindakan mematikan Aktiviti Web & Apl tidak mempengaruhi cara maklumat lokasi disimpan atau digunakan oleh tetapan lain, seperti Garis Masa. Anda mungkin masih mempunyai jenis maklumat lokasi lain yang disimpan kerana tetapan lain, termasuk alamat IP.

Untuk melihat sama ada Aktiviti Web & Apl anda dihidupkan atau tidak, lawati Aktiviti Saya.

Bagaimanakah Google menggunakan maklumat lokasi pseudonim atau tanpa nama?

Google menggunakan maklumat lokasi yang dijadikan tanpa nama dan pseudonim supaya dapat meningkatkan privasi pengguna. Maklumat yang dijadikan tanpa nama biasanya tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana individu. Maklumat yang dijadikan pseudonim boleh dikaitkan dengan pengecam unik, seperti rentetan nombor dan bukan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti seperti akaun, nama atau alamat e-mel pengguna. Maklumat lokasi yang dijadikan tanpa nama dan pseudonim mungkin digunakan oleh Google bagi produk dan perkhidmatan Google untuk tujuan seperti pengiklanan atau arah aliran.

Pengguna boleh menetapkan semula pengecam pseudonim tertentu yang dipautkan dengan maklumat lokasi. Contohnya, pengguna boleh menetapkan semula pengecam pseudonim tertentu dengan menetapkan semula ID pengiklanan pada peranti Android mereka. Selain itu, Google menetapkan semula pengecam pseudonim tertentu secara automatik untuk meningkatkan privasi pengguna, termasuk untuk GLA, iaitu tetapan peranti yang boleh dikawal oleh pengguna untuk meningkatkan perkhidmatan berasaskan lokasi dan ketepatan lokasi pada peranti mereka.

Google mungkin menggunakan maklumat lokasi yang dijadikan tanpa nama secara berasingan. Sebagai contoh, pengguna boleh mengetik tempat dalam Google Maps, mis., restoran atau taman dan melihat arah aliran dari tempat itu dalam sesebuah kawasan. Maklumat lokasi yang digunakan untuk membina arah aliran, seperti waktu popular, tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti individu. Jika Google tidak memiliki maklumat yang mencukupi untuk memberikan maklumat kesesakan yang tepat dan tanpa nama, maklumat tersebut tidak akan dipaparkan pada laman Google.

Google juga menawarkan cara lain bagi pengguna yang telah log keluar untuk mengurus maklumat yang berkaitan dengan penyemak imbas atau peranti mereka, termasuk tetapan penyesuaian Search, tetapan YouTube dan tetapan iklan. Ketahui lebih lanjut

Ketahui lebih lanjut tentang penggunaan maklumat lokasi dalam Dasar Privasi Google. Ketahui lebih lanjut tentang cara Google mengekalkan data yang dikumpulkan dan cara Google menjadikan data awanama.

Berapa lamakah maklumat lokasi dikekalkan oleh Google?

Dasar Privasi Google menerangkan amalan pengekalan kami untuk data pengguna, termasuk maklumat lokasi yang dikumpulkan oleh Google. Maklumat lokasi dikumpulkan untuk tempoh masa yang berbeza, bergantung pada jenis data, cara data itu digunakan dan cara pengguna mengkonfigurasikan tetapan mereka.

Sesetengah maklumat lokasi disimpan dengan Google Account anda sehingga anda membuat pemadaman

  • Mengawal pengekalan dan pemadaman: Kawalan aktiviti Google — termasuk Sejarah Perkhidmatan Carian, Garis masa dan Aktiviti Web & Apl — mengandungi pilihan autopadam, yang membolehkan anda memadamkan data secara automatik selepas suatu tempoh masa, seperti 3, 18 atau 36 bulan. Anda juga boleh melihat data ini dengan melawati Aktiviti Saya dan anda boleh memadamkan aktiviti tertentu atau data pukal mengikut pilihan anda. Anda boleh mengubah suai tetapan ini atau mengubah pilihan autopadam anda pada bila-bila masa.
  • Menyimpan maklumat lokasi: Bergantung pada produk atau perkhidmatan Google, maklumat lokasi mungkin disimpan pada Google Account anda. Contohnya, anda boleh mengetag lokasi dalam Photos atau menambahkan alamat Rumah atau Tempat kerja dalam Maps. Anda boleh memadamkan maklumat lokasi ini.

Apabila anda memadamkan data, Google mengikut dasar untuk mengalih keluar sepenuhnya data itu daripada akaun anda dengan selamat supaya pemulihan data itu tidak boleh dibuat lagi. Pada mulanya, aktiviti yang anda padamkan dialih keluar daripada paparan dan tidak boleh digunakan untuk memeribadikan pengalaman Google anda lagi. Kemudian, Google akan memulakan proses yang direka bentuk untuk memadamkan data daripada sistem storan Google dengan selamat dan sepenuhnya. Ketahui lebih lanjut tentang cara Google mengekalkan data yang dikumpulkan.

Maklumat yang tamat tempoh selepas tempoh masa tertentu

Bagi maklumat lokasi lain, seperti yang dijelaskan dalam Cara Google mengekalkan data, kadangkala Google tidak memadamkan data secara manual tetapi menyimpan data untuk tempoh masa yang ditetapkan sebelum data tersebut dipadamkan. Tempoh masa yang diambil untuk memadamkan data dengan selamat dan sepenuhnya bergantung pada jenis data, sebagai contoh:

  • Google menjadikan data pengiklanan tanpa nama dalam log pelayan dengan mengalih keluar sebahagian daripada alamat IP selepas 9 bulan dan maklumat kuki selepas 18 bulan.
  • Google deletes IP-based location and device location from your Search Services History and Web & App Activity after 30 days.

Maklumat disimpan untuk tempoh yang dilanjutkan bagi tujuan tertentu

Seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi Google, “kami mengekalkan sesetengah data untuk tempoh masa yang lebih panjang apabila perlu untuk tujuan perniagaan atau undang-undang yang sah, seperti keselamatan, pencegahan penipuan dan penyalahgunaan atau penyimpanan rekod kewangan”. Ketahui lebih lanjut tentang amalan pengekalan kami

Bagaimanakah maklumat lokasi digunakan untuk iklan?

Untuk membantu Google memaparkan lebih banyak iklan yang berkaitan kepada anda

Iklan yang anda lihat mungkin dipaparkan berdasarkan maklumat lokasi anda. Secara umum, iklan pada laman Google menggunakan jenis maklumat lokasi yang sama seperti produk yang memaparkan iklan tersebut. Sebagai contoh, bergantung pada tetapan anda, iklan pada Search dan platform Google yang lain mungkin dipaparkan berdasarkan lokasi daripada peranti, alamat IP, aktiviti terdahulu atau alamat rumah dan tempat kerja anda daripada Google Account anda. Selain itu, metadata (mis., zon waktu penyemak imbas, domain, kandungan halaman, jenis penyemak imbas, bahasa halaman) mungkin digunakan untuk menganggarkan negara anda atau kawasan umum yang anda minati. Kami mungkin bergantung pada metadata ini selain isyarat lokasi yang kami peroleh daripada alamat IP, VPN, perkhidmatan proksi atau maklumat rangkaian anda yang lain.

Penggunaan maklumat lokasi membolehkan iklan yang dipaparkan kepada anda lebih berkaitan dengan kawasan anda atau kawasan yang berkaitan dengan anda. Contohnya, jika tetapan lokasi peranti anda dihidupkan dan anda membuat carian pada Google untuk menemukan restoran berdekatan, lokasi peranti semasa anda mungkin digunakan untuk memaparkan iklan restoran berdekatan anda. Lokasi anda juga mungkin digunakan untuk memaparkan jarak ke perniagaan berdekatan sebagai sebahagian daripada iklan pada Google.

Google juga mungkin menggunakan aktiviti penyemakan imbas atau apl anda (seperti carian, lawatan laman web atau video yang anda tonton pada YouTube) dan kawasan umum yang disimpan sebagai sebahagian daripada sejarah anda dalam tetapan aktiviti tertentu, seperti Sejarah Perkhidmatan Carian dan Aktiviti Web & Apl, untuk memaparkan lebih banyak iklan yang berguna kepada anda. Sebagai contoh, jika anda mencari kedai yang berdekatan untuk membeli susu pada laman Google, anda mungkin melihat iklan untuk kedai runcit di kawasan umum tempat anda kerap menyemak imbas Google Search sambil menunggu bas atau kereta api.

Pengiklan hanya boleh menyasarkan iklan kepada kawasan umum, seperti negara, bandar atau rantau di sekitar perniagaan mereka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Rangkaian Paparan, lawati Pusat Bantuan.

Untuk membantu pengiklan mengukur prestasi

Google mungkin menggunakan maklumat lokasi bagi tujuan analitis dan pengukuran untuk memahami cara perkhidmatan Google digunakan. ​Contohnya: bergantung pada tetapan anda, Google mungkin menggunakan data lokasi daripada Garis Masa untuk membantu pengiklan menganggarkan kekerapan iklan mendorong lawatan ke kedai mereka. Untuk melakukan tindakan ini, Google menghubungkan aktiviti yang anda simpan sebagai sejarah dalam akaun anda, seperti interaksi iklan, dengan data Garis Masa yang berkaitan dengan kedai pengiklan. Tiada maklumat peribadi dikongsi dengan pengiklan.

Untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan Google

Google juga menggunakan maklumat lokasi untuk meningkatkan produk iklan Google. Contohnya, data tentang interaksi anda dengan iklan, termasuk kawasan umum bagi aktiviti yang berkaitan, yang disimpan dalam akaun anda mungkin diagregatkan dan digunakan dalam model pembelajaran mesin yang meningkatkan alatan Pembidaan Pintar. Data akaun anda tidak dikongsi dengan pengiklan.

Bagaimanakah saya boleh mengawal cara maklumat lokasi saya digunakan untuk memaparkan iklan?

Anda boleh mengawal cara data kawasan umum tempat anda pernah menggunakan laman dan apl Google boleh digunakan untuk mempengaruhi iklan yang dipaparkan kepada anda. Anda boleh berbuat demikian dengan mengakses kawalan Kawasan tempat anda pernah menggunakan Google dalam Pusat Iklan Saya.

Apabila Kawasan tempat anda pernah menggunakan Google dihidupkan

Apabila Pemeribadian Iklan dan Kawasan yang pernah anda gunakan Google dihidupkan, Google akan memeribadikan iklan anda menggunakan data yang berkaitan dengan kawasan umum tempat anda pernah menggunakan laman dan apl Google yang disimpan dengan sejarah anda dalam tetapan aktiviti seperti Sejarah Perkhidmatan Carian dan Aktiviti Web & Apl.

Apabila Kawasan tempat anda pernah menggunakan Google dimatikan

When Ads Personalization or Areas where you’ve used Google are turned off, Google doesn’t personalize your ads based on the data related to the general areas where you’ve used Google sites and apps that is saved with your history in activity settings, like Search Services History and Web & App Activity. Even when Areas where you’ve used Google is turned off, you may still see ads based on your current location and places you’ve set as your home and work in your Google Account.

Tambahan lagi, jika anda telah log keluar, Google mungkin masih menggunakan lokasi semasa anda daripada alamat IP atau peranti anda untuk memaparkan iklan kepada anda bergantung pada tetapan peranti dan apl anda.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang cara menghidupkan atau mematikan iklan diperibadikan apabila anda telah log keluar, lihat di sini.

Dibuka dalam tab baharu(buka nota kaki)
  • Afrikaans
  • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Melayu
  • Català
  • Čeština
  • Dansk
  • Deutsch
  • Eesti
  • English
  • English (India)
  • English (United Kingdom)
  • Español
  • Español (Latinoamérica)
  • Euskara
  • Filipino
  • Français
  • Français (Canada)
  • Gaeilge
  • Galego
  • Hrvatski
  • Isizulu
  • Íslenska
  • Italiano
  • Kiswahili
  • Latviešu
  • Lietuvių
  • Magyar
  • Malti
  • Nederlands
  • Norsk
  • Polski
  • Português (Brasil)
  • Português (Portugal)
  • Română
  • Slovenčina
  • Slovenščina
  • Srpski
  • Suomi
  • Svenska
  • Tiếng Việt
  • Türkçe
  • অসমীয়া
  • Ελληνικά
  • Български
  • ଓଡିଆ
  • Русский
  • Српски
  • Українська
  • ‫עברית‬
  • ‫اردو‬
  • ‫العربية‬
  • ‫فارسی‬
  • አማርኛ
  • मराठी
  • हिन्दी
  • বাংলা
  • ગુજરાતી
  • தமிழ்
  • తెలుగు
  • ಕನ್ನಡ
  • മലയാളം
  • ไทย
  • 한국어
  • 中文 (香港)
  • 中文(简体中文)
  • 中文(繁體中文)
  • 日本語
Apl Google
Menu utama