Cara Google menggunakan nombor kad kredit untuk pembayaran

Google menggunakan nombor kad kredit dan debit yang anda berikan untuk memudahkan pembayaran bagi pembelian dalam atau luar talian yang anda buat, termasuk transaksi Google Play serta Google Pay dan untuk tujuan pengurangan penipuan. Notis Privasi Google Payments memberikan maklumat terperinci tentang cara kami menggunakan maklumat pembayaran dan akaun anda, termasuk maklumat yang kami kumpul serta cara kami berkongsi maklumat tersebut. Kami hanya berkongsi maklumat peribadi dengan pihak ketiga dalam keadaan yang diterangkan dalam Notis Privasi Google Payments. Nombor kad kredit dan debit yang anda berikan kepada Google disulitkan dan disimpan pada pelayan selamat di lokasi yang selamat.

Apl Google
Menu utama