Syarat Perkhidmatan Tambahan AI Generatif
Terakhir Diubah Suai: 9 Ogos 2023 | Versi-versi arkib
Untuk menggunakan Perkhidmatan Google yang merujuk syarat ini (“Perkhidmatan” ini), anda mestilah menerima (1) Syarat Perkhidmatan Google dan (2) Syarat Perkhidmatan Tambahan AI Generatif.
Sila baca dokumen ini dengan teliti. Bersama-sama, dokumen ini dikenali sebagai “Syarat”. Dokumen ini menetapkan perkara yang boleh anda jangkakan daripada kami semasa anda menggunakan perkhidmatan kami dan perkara yang kami jangkakan daripada anda.
Kami juga menggalakkan anda untuk membaca Dasar Privasi kami (dan mana-mana notis privasi yang dinyatakan berkaitan dengan Perkhidmatan) untuk lebih memahami maklumat yang kami kumpulkan dan cara anda boleh kemas kini, urus, eksport dan padam maklumat anda.
Syarat umur
Selain bahagian "Syarat umur" dalam Syarat Perkhidmatan Google, anda akan mematuhi mana-mana sekatan umur selanjutnya yang dikemukakan berkaitan dengan Perkhidmatan.
Sekatan Penggunaan
Anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan ini untuk membangunkan model pembelajaran mesin atau teknologi yang berkaitan.
Selain seksyen “Hormati orang lain” dalam Syarat Perkhidmatan Google, anda mestilah mematuhi Dasar Penggunaan Yang Dilarang kami yang memberikan butiran tambahan tentang tingkah laku yang sesuai semasa menggunakan Perkhidmatan ini.
Perkhidmatan ini termasuk ciri keselamatan untuk menyekat kandungan berbahaya seperti kandungan yang melanggar Dasar Penggunaan Yang Dilarang kami. Seperti yang dimaklumkan dalam seksyen “Hormati orang lain” dalam Syarat Perkhidmatan Google, anda tidak boleh cuba memintas langkah perlindungan ini atau menggunakan kandungan yang melanggar Syarat ini.
Anda akan mematuhi pemberitahuan khusus Perkhidmatan jika berkenaan seperti apa-apa amaran untuk tidak memasukkan maklumat sensitif atau sulit.
Penafian
Perkhidmatan ini adakalanya mungkin membekalkan kandungan yang tidak tepat atau jelik yang tidak mewakili pandangan Google.
Gunakan budi bicara sebelum bergantung pada, menerbitkan atau dengan cara lain menggunakan kandungan yang dibekalkan oleh Perkhidmatan ini.
Jangan bergantung pada Perkhidmatan ini untuk mendapatkan nasihat perubatan, undang-undang, kewangan atau nasihat profesional lain. Sebarang kandungan tentang topik tersebut disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh menggantikan nasihat daripada pakar yang berkelayakan.
