Senarai perkhidmatan & syarat tambahan khusus perkhidmatan

Perkhidmatan yang menggunakan Syarat Perkhidmatan Google & syarat serta dasar tambahan khusus perkhidmatan

Syarat Perkhidmatan Google digunakan pada perkhidmatan yang disenaraikan di bawah. Di sebelah setiap perkhidmatan, kami juga menyenaraikan syarat dan dasar tambahan yang digunakan pada perkhidmatan tertentu itu. Syarat Perkhidmatan, syarat tambahan dan dasar mentakrifkan hubungan dan jangkaan bersama apabila anda menggunakan perkhidmatan ini.

Senarai ini hanya merangkumi perkhidmatan yang dikawal oleh Syarat Perkhidmatan umum Google. Beberapa perkhidmatan popular yang terhad, seperti YouTube, mempunyai syarat sendiri kerana ciri unik perkhidmatan tersebut. Kebanyakan produk perusahaan berasaskan yuran dan produk API pembangun kami mempunyai syarat masing-masing juga.

Kami sering melancarkan perkhidmatan baharu dan kadangkala mengemas kini syarat serta dasar kami. Kami berusaha sebaik mungkin untuk memastikan halaman ini sentiasa dikemas kini dan kami bertekad untuk menyegarkan semula halaman kami dengan kerap.

Perkhidmatan
 
Apl Google
Menu utama