Kandungan ini adalah daripada versi arkib Dasar Privasi kami. Lihat di sini untuk mengetahui Dasar Privasi semasa kami.

"iklan yang anda dapati paling berguna"

Contoh

  • Contohnya, jika anda sering melawati tapak web dan blog tentang berkebun, anda mungkin melihat iklan yang berkaitan dengan berkebun semasa anda menyemak imbas di web. Jika anda menonton video mengenai memasak melalui kaedah membakar di YouTube, anda mungkin melihat lebih banyak iklan yang berkaitan dengan memasak. Ketahui lebih lanjut.
  • Kami menggunakan alamat IP semasa anda untuk menentukan lokasi anggaran anda supaya kami dapat menyiarkan iklan untuk perkhidmatan penghantaran piza yang berhampiran jika anda mencari "piza" atau kami boleh menunjukkan kepada anda waktu tayangan di panggung wayang yang terdekat jika anda mencari "pawagam". Ketahui lebih lanjut.
  • Sistem kami mungkin mengimbas kandungan dalam perkhidmatan kami secara automatik, seperti e-mel dalam Gmail, untuk menyediakan iklan yang lebih berkaitan kepada anda. Contohnya, jika baru-baru ini anda menerima banyak mesej mengenai fotografi atau kamera, anda mungkin berminat untuk mengetahui tentang tawaran di kedai kamera tempatan. Sebaliknya, jika anda telah melaporkan mesej ini sebagai spam, anda mungkin tidak mahu melihat tawaran tersebut. Pemprosesan automatik seperti ini merupakan cara yang digunakan oleh kebanyakan perkhidmatan e-mel untuk menyediakan ciri seperti penapisan spam dan semakan ejaan. Sasaran iklan Gmail dilakukan secara automatik sepenuhnya dan tiada manusia yang membaca e-mel atau maklumat Akaun Google anda untuk menyiarkan kepada anda iklan atau maklumat yang berkaitan. Ketahui lebih lanjut mengenai iklan dalam Gmail di sini.
Apl Google
Menu utama