Siapakah rakan kongsi Google?

Google bekerjasama dengan perniagaan dan organisasi dalam pelbagai cara. Kami merujuk perniagaan dan organisasi ini sebagai "rakan kongsi". Contohnya, lebih 2 juta tapak web dan apl bukan Google bekerjasama dengan Google untuk menyiarkan iklan. Berjuta-juta rakan kongsi pembangun menerbitkan apl mereka di Google Play. Rakan kongsi lain membantu Google dengan melindungi perkhidmatan kami; maklumat tentang ancaman keselamatan boleh membantu kami memberitahu anda jika kami fikir akaun anda telah dicerobohi (pada waktu ini juga kami boleh membantu anda mengambil langkah untuk melindungi akaun anda).

Sila ambil perhatian bahawa kami juga bekerjasama dengan perniagaan yang dipercayai sebagai "pemproses data" bagi pihak kami untuk menyokong perkhidmatan kami berdasarkan arahan kami dan mematuhi Dasar Privasi kami serta langkah kerahsiaan dan keselamatan lain yang sewajarnya. Dasar Privasi Google ada maklumat lanjut tentang cara kami menggunakan pemproses data.

Maklumat yang dikumpul atau diterima oleh rakan kongsi pengiklanan Google

Rakan kongsi tertentu, yang disenaraikan di bawah, boleh mengumpul atau menerima maklumat yang tidak mengecam secara peribadi tentang penyemak imbas atau peranti anda apabila anda menggunakan tapak Google dan apl Google. Rakan kongsi ini mengumpulkan maklumat ini untuk tujuan pengiklanan dan pengukuran iklan dengan menggunakan kuki mereka sendiri atau teknologi yang serupa.

Contohnya, kami membenarkan pencipta dan pengiklan YouTube bekerja dengan syarikat pengukuran untuk mengetahui tentang khalayak video atau iklan YouTube mereka, menggunakan kuki atau teknologi yang serupa.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara rakan kongsi khusus ini mengumpul dan menggunakan maklumat anda:

YouTube juga membenarkan pengiklan dan pencipta menyiarkan iklan secara langsung, dengan menggunakan teknologi penyiaran iklan mereka sendiri, di luar negara EEA.

Contoh lain ialah pedagang di halaman beli-belah kami, yang menggunakan kuki untuk memahami bilangan pengguna berbeza yang melihat penyenaraian produk mereka.

Kami tidak berkongsi maklumat yang boleh mengecam anda secara peribadi dengan rakan kongsi pengiklanan kami, seperti nama atau e-mel anda, melainkan anda meminta kami untuk mengongsi maklumat tersebut. Contohnya, jika anda melihat iklan untuk kedai bunga berdekatan dan memilih butang “ketik untuk memanggil”, kami akan menyambungkan panggilan anda dan mungkin berkongsi nombor telefon anda dengan kedai bunga tersebut.

Anda boleh membaca lebih lanjut tentang maklumat yang Google kumpul, termasuk daripada rakan kongsi, dalam Dasar Privasi.

Apl Google
Menu utama