Istilah penting

Akaun Google

Anda boleh mengakses sesetengah perkhidmatan kami dengan mendaftar untuk Akaun Google dan memberi kami beberapa maklumat peribadi (lazimnya nama, alamat e-mel dan kata laluan anda). Maklumat akaun ini digunakan untuk mengesahkan anda apabila anda mengakses perkhidmatan Google dan melindungi akaun anda daripada akses yang tidak dibenarkan oleh orang lain. Anda boleh mengedit atau memadamkan akaun anda pada bila-bila masa melalui tetapan Akaun Google anda.

Alamat IP

Setiap peranti yang disambungkan kepada Internet diberikan nombor unik yang dikenali sebagai alamat protokol Internet (IP). Oleh kerana nombor ini biasanya diberikan dalam blok berasaskan negara, alamat IP sering boleh digunakan untuk mengenal pasti negara yang komputernya disambungkan kepada Internet.

Algoritma

Proses atau set peraturan yang dipatuhi oleh komputer dalam melaksanakan operasi penyelesaian masalah.

Anggota Gabungan

Ahli gabungan ialah entiti yang dimiliki oleh kumpulan syarikat Google, termasuk syarikat-syarikat berikut yang menyediakan perkhidmatan pengguna di EU: Google Ireland Limited, Google Commerce Ltd, Google Payment Corp dan Google Dialer Inc. Ketahui lebih lanjut tentang syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan perniagaan di EU.

Cache data aplikasi

Cache data aplikasi ialah repositori data pada peranti. Cache ini, contohnya, membolehkan aplikasi web berjalan tanpa sambungan internet dan meningkatkan prestasi aplikasi tersebut dengan mendayakan pemuatan kandungan yang lebih laju.

Kuki

Kuki ialah fail kecil yang mengandungi rentetan aksara yang dihantar ke komputer anda apabila anda melawati tapak web. Apabila anda melawati tapak tersebut sekali lagi, kuki membenarkan tapak itu mengecam penyemak imbas anda. Kuki mungkin menyimpan pilihan pengguna dan maklumat lain. Anda boleh mengkonfigurasikan penyemak imbas anda untuk menolak semua kuki atau untuk menunjukkan apabila kuki dihantar. Walau bagaimanapun, sesetengah ciri atau perkhidmatan tapak web mungkin tidak berfungsi dengan betul tanpa kuki. Ketahui lebih lanjut tentang cara Google menggunakan kuki dan cara Google menggunakan data, termasuk kuki, apabila anda menggunakan tapak atau apl rakan kongsi kami.

Log pelayan

Seperti kebanyakan tapak web, pelayan kami merekodkan permintaan halaman yang dibuat secara automatik apabila anda melawati tapak kami. “Log pelayan” ini biasanya memasukkan permintaan web anda, alamat Protokol Internet, jenis penyemak imbas, bahasa penyemak imbas, tarikh dan masa permintaan anda dan satu atau lebih banyak kuki yang boleh mengenal pasti penyemak imbas anda secara unik.

Masukan log yang biasa untuk carian "kereta" kelihatan seperti ini:

123.45.67.89 - 25/Mar/2003 10:15:32 -
http://www.google.com/search?q=cars -
Firefox 1.0.7; Windows NT 5.1 -
740674ce2123e969
  • 123.45.67.89 ialah alamat Protokol Internet yang diberikan kepada pengguna oleh ISP pengguna. Bergantung pada perkhidmatan pengguna, alamat yang berbeza mungkin diberikan kepada pengguna oleh penyedia perkhidmatan mereka setiap kali mereka tersambung ke Internet.
  • 25/Mar/2003 10:15:32 ialah tarikh dan masa pertanyaan.
  • http://www.google.com/search?q=cars ialah URL yang diminta, termasuk pertanyaan carian.
  • Firefox 1.0.7; Windows NT 5.1 ialah penyemak imbas dan sistem pengendalian yang digunakan.
  • 740674ce2123a969 ialah ID kuki unik yang diberikan kepada komputer ini pada kali pertama komputer ini melawati Google. (Kuki boleh dipadamkan oleh pengguna. Jika pengguna telah memadamkan kuki daripada komputer dari kali terakhir beliau melawati Google, maka ID ini ialah ID kuki unik yang diberikan kepada peranti pengguna pada kali berikutnya mereka melawati Google daripada peranti tersebut).

Maklumat peribadi

Ini merupakan maklumat yang anda berikan kepada kami dan maklumat ini mengenal pasti diri anda, seperti nama, alamat e-mel atau maklumat pengebilan anda atau data lain yang dapat dikaitkan secara munasabah dengan maklumat seperti itu oleh Google, seperti maklumat yang kami kaitkan dengan akaun Google anda.

Maklumat peribadi yang sensitif

Ini ialah kategori maklumat peribadi tertentu yang berkaitan dengan topik seperti fakta perubatan sulit, bangsa atau asal etnik, kepercayaan politik atau agama atau keseksualan.

Maklumat yang tidak mengenal pasti secara peribadi

Inilah maklumat yang direkodkan tentang pengguna supaya maklumat tersebut tidak lagi mencerminkan atau merujuk pengguna yang boleh dikenal pasti secara individu.

Pengecam unik

Pengecam unik merupakan rentetan aksara yang boleh digunakan untuk mengenal pasti penyemak imbas, apl atau peranti secara unik. Pada pengecam yang berlainan, terdapat perbezaan dari segi tempoh hayatnya, sama ada pengguna boleh menetapkannya semula dan cara pengecam tersebut boleh diakses.

Pengecam unik boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk keselamatan dan pengesanan penipuan, menyegerakkan perkhidmatan seperti peti masuk e-mel anda, mengingati pilihan anda dan menyediakan pengiklanan yang diperibadikan. Contohnya, pengecam unik yang disimpan dalam kuki membantu tapak memaparkan kandungan dalam penyemak imbas anda dalam bahasa pilihan anda. Anda boleh mengkonfigurasikan penyemak imbas anda untuk menolak semua kuki atau untuk menunjukkan apabila kuki dihantar. Ketahui lebih lanjut tentang cara Google menggunakan kuki.

Pada platform lain selain penyemak imbas, pengecam unik digunakan untuk mengecam peranti atau apl tertentu pada peranti itu. Contohnya, pengecam unik seperti ID Pengiklanan digunakan untuk menyediakan pengiklanan yang berkaitan pada peranti Android dan boleh diurus dalam tetapan peranti anda. Pengecam unik boleh juga digabungkan ke dalam peranti oleh pengeluar peranti (kadangkala dikenali sebagai ID unik semesta atau UUID), seperti nombor IMEI telefon mudah alih. Contohnya, pengecam unik peranti boleh digunakan untuk menyesuaikan perkhidmatan kami pada peranti anda atau menganalisis isu peranti yang berkaitan dengan perkhidmatan kami.

Peranti

Peranti ialah komputer yang boleh digunakan untuk mengakses perkhidmatan Google. Contohnya, komputer meja, tablet, pembesar suara pintar dan telefon pintar, kesemuanya dianggap sebagai peranti.

Storan web penyemak imbas

Storan web penyemak imbas membolehkan tapak web menyimpan data dalam penyemak imbas pada peranti. Apabila digunakan dalam mod "storan setempat", storan ini membolehkan data disimpan merentas sesi. Langkah ini membolehkan data diperoleh semula walaupun selepas penyemak imbas ditutup dan dibuka semula. Satu teknologi yang memudahkan storan web ialah HTML 5.

Teg piksel

Teg piksel ialah sejenis teknologi yang diletakkan di tapak web atau dalam kandungan e-mel untuk tujuan menjejaki aktiviti tertentu, seperti tatapan tapak web atau apabila e-mel dibuka. Teg piksel sering digunakan bersama-sama dengan kuki.

URL Perujuk

URL Perujuk (Pencari Sumber Seragam) merupakan maklumat yang dihantar ke halaman web destinasi oleh penyemak imbas web, biasanya apabila anda mengklik pautan ke halaman itu. URL Perujuk mengandungi URL halaman web terakhir yang dilawati oleh penyemak imbas.

Apl Google
Menu utama