Cara Google Voice berfungsi

Google Voice menyimpan, memproses dan menyelenggarakan sejarah panggilan anda (termasuk nombor telefon pihak pemanggil, nombor telefon pihak yang dipanggil, tarikh, masa dan tempoh panggilan), ucapan mel suara, mesej mel suara, mesej Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), perbualan yang direkodkan dan data lain yang berkaitan dengan akaun anda untuk memberikan perkhidmatan kepada anda.

Anda boleh memadamkan sejarah panggilan, ucapan mel suara, mesej mel suara (kedua-dua audio dan/atau transkripsi), mesej Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) dan perbualan yang direkodkan melalui akaun Google Voice anda, walaupun sejarah panggilan untuk panggilan yang perlu dibayar akan kekal kelihatan dalam akaun anda. Sesetengah maklumat mungkin disimpan pada pelayan aktif kami buat sementara waktu untuk pengebilan serta tujuan perniagaan lain dan saki-baki salinan mungkin terus kekal dalam sistem sandaran kami. Salinan maklumat rekod panggilan awanama, tanpa maklumat yang boleh mengenal pasti diri akan disimpan dalam sistem kami untuk memenuhi keperluan pelaporan dan pengauditan kami.

Apl Google
Menu utama