Ini merupakan versi arkib Syarat Perkhidmatan kami. Lihat versi semasa atau semua versi lalu.

Syarat Perkhidmatan Google

Berkuat kuasa 31 Mac 2020 5 Januari 2022 | Versi-versi arkib | Muat turun PDF

Perkara yang diliputi dalam syarat ini

Kami tahu anda mungkin mahu melangkau Syarat Perkhidmatan ini, tetapi penting untuk memastikan perkara yang boleh anda harapkan daripada kami semasa anda menggunakan perkhidmatan Google dan perkara yang kami harapkan daripada anda.

Syarat Perkhidmatan ini menggambarkan cara perniagaan Google berfungsi, undang-undang yang terpakai kepada syarikat kami, dan perkara tertentu yang kami sentiasa percaya adalah benar. Hasilnya, Syarat Perkhidmatan ini membantu kami mentakrifkan hubungan Google dengan anda semasa anda berinteraksi dengan perkhidmatan kami. Sebagai contoh, syarat ini merangkumi tajuk topik yang berikut:

Anda mesti memahami syarat ini kerana dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk menerima syarat ini.

Selain syarat ini, kami juga menerbitkan Dasar Privasi. Walaupun bukan sebahagian daripada syarat ini, kami Kami menggalakkan anda membaca Dasar Privasi ini untuk memahami dengan lebih baik cara anda boleh mengemas kini, mengurus, mengeksport dan memadamkan maklumat anda.

Syarat

Penyedia perkhidmatan

Perkhidmatan Google disediakan oleh, dan anda mengikat kontrak dengan:

Google LLC
diatur menurut undang-undang Negeri Delaware, Amerika Syarikat, dan beroperasi di bawah undang-undang Amerika Syarikat

1600 Amphitheatre Parkway
Mountain View, California 94043
AS

Syarat umur

Jika umur anda kurang daripada syarat umur untuk mengurus Akaun Google anda sendiri, anda mesti mendapat kebenaran ibu/bapa atau penjaga anda yang sah untuk menggunakan Akaun Google. Sila minta ibu/bapa atau penjaga anda yang sah membaca syarat ini bersama anda.

Jika anda seorang ibu bapa atau penjaga yang sah, dan anda membenarkan anak anda menggunakan perkhidmatan, maka syarat ini terpakai kepada anda dan anda bertanggungjawab terhadap aktiviti anak anda pada perkhidmatan.

Sesetengah perkhidmatan Google mempunyai syarat umur tambahan seperti yang diterangkan dalam syarat dan dasar tambahan khusus perkhidmatan.

Hubungan anda dengan Google

Syarat ini membantu untuk mentakrifkan hubungan anda dengan Google. Secara umumnya, kami memberi anda kebenaran untuk menggunakan perkhidmatan kami jika anda bersetuju mengikut syarat ini, yang menggambarkan cara perniagaan Google berfungsi dan cara kami menjana pendapatan. Apabila kami menyebut “Google”, “kami”. dan “kita”, kami maksudkan Google LLC dan anggota gabungannya.

Perkara yang boleh anda harapkan daripada kami

Menyediakan bermacam-macam perkhidmatan yang berguna

Kami menyediakan bermacam-macam pelbagai perkhidmatan yang tertakluk pada syarat ini, termasuk:

  • apl dan tapak laman (seperti Carian Search dan Peta Maps)
  • platform (seperti Google Play Shopping)
  • perkhidmatan bersepadu (seperti Peta Maps yang dibenamkan dalam apl atau tapak laman syarikat lain)
  • peranti (seperti Google Home Nest)

Kebanyakan perkhidmatan ini juga termasuk kandungan yang boleh anda strim atau berinteraksi.

Perkhidmatan kami direka untuk berfungsi bersama-sama, dan ini memudahkan lagi anda untuk beralih daripada satu aktiviti kepada aktiviti yang seterusnya. Sebagai contoh, Peta Contohnya, jika acara Calendar anda termasuk alamat, anda boleh mengingatkan anda agar bertolak mengklik alamat itu dan Maps dapat menunjukkan arah ke lokasi janji temu yang tertera dalam Kalendar Google anda sana.

Memperbaik Membangunkan, meningkatkan dan mengemas kini perkhidmatan Google

Kami sentiasa membangunkan teknologi dan ciri baharu untuk memperbaik perkhidmatan kami. Sebagai contoh Contohnya, kami melabur dalam menggunakan kecerdasan buatan yang menggunakan dan pembelajaran mesin untuk memberi anda terjemahan serentak dan untuk mengesan dan serta menyekat spam serta dan perisian hasad, dan untuk memberi anda ciri inovatif, seperti terjemahan serentak dengan lebih baik lagi. Sebagai sebahagian daripada penambahbaikan berterusan ini, kadangkala kami menambahkan atau menghentikan mengalih keluar ciri dan fungsi, meningkatkan atau mengurangkan had kepada perkhidmatan kami, dan mula menawarkan perkhidmatan baharu atau berhenti menawarkan perkhidmatan lama. Apabila suatu perkhidmatan memerlukan atau termasuk perisian yang boleh dimuat turun, kadangkala perisian itu dikemas kini secara automatik pada peranti anda sebaik sahaja versi atau ciri baharu tersedia. Sesetengah perkhidmatan membenarkan anda melaraskan tetapan kemaskinian automatik anda.

Jika kami membuat perubahan penting yang memberikan kesan negatif kepada penggunaan perkhidmatan kami atau jika kami berhenti menawarkan perkhidmatan, kami akan memberi anda notis awal yang munasabah dan peluang untuk mengeksport kandungan anda daripada Akaun Google anda menggunakan Google Ambilan, kecuali dalam situasi yang mendesak seperti menghalang penyalahgunaan, bertindak balas terhadap keperluan undang-undang, atau menangani isu keselamatan dan kebolehkendalian. Kami juga akan memberikan peluang kepada anda untuk mengeksport kandungan anda daripada Google Account anda menggunakan Google Takeout, tertakluk pada undang-undang dan dasar yang berkenaan.

Perkara yang kami jangkakan daripada anda

Patuhi syarat ini dan syarat tambahan khusus perkhidmatan

Kebenaran yang kami berikan kepada anda untuk menggunakan perkhidmatan kami akan berkekalan adalah berterusan selagi anda memenuhi tanggungjawab anda dalam mematuhi:

Kami Anda juga menjadikan pelbagai dasar, pusat bantuan bersetuju bahawa Dasar Privasi kami terpakai kepada penggunaan perkhidmatan kami oleh anda. Selain itu, kami menyediakan sumber seperti Pusat Bantuan Hak Cipta, Pusat Keselamatan, dan sumber lain tersedia kepada anda perihalan teknologi kami daripada laman dasar kami untuk menjawab soalan lazim dan menetapkan jangkaan tentang penggunaan perkhidmatan kami. Sumber ini termasuklah Dasar Privasi, Pusat Bantuan Hak Cipta, Pusat Keselamatan, dan halaman lain yang boleh diakses dari tapak dasar kami.

Walaupun kami memberi anda kebenaran untuk menggunakan perkhidmatan kami, kami mengekalkan sebarang hak harta intelektual yang kami miliki dalam perkhidmatan tersebut.

Hormati orang lain

Kebanyakan perkhidmatan kami membenarkan anda berinteraksi dengan orang lain. Kami mahu mengekalkan persekitaran hormat-menghormati yang santun untuk semua orang, bermakna anda mesti mematuhi peraturan tingkah laku asas ini:

  • mematuhi undang-undang yang dilaksanakan berkenaan, termasuk undang-undang kawalan eksport, sekatan ekonomi dan pemerdagangan manusia
  • menghormati hak orang lain, termasuk hak privasi dan harta intelektual
  • tidak mencederakan mempergunakan atau membahayakan orang lain atau diri anda (atau mengancam atau menggalakkan cedera tindakan mempergunakan atau bahaya sedemikian) — contohnya, dengan memperdaya, menipu, menyamar dengan cara yang tidak sah, memfitnah, membuli, mengganggu atau mengintai orang lain
  • tidak menyalahgunakan, merosakkan, mengganggu atau menggendalakan perkhidmatan
  • tidak menyalahgunakan, merosakkan, mengganggu atau menggendalakan perkhidmatan — contohnya, dengan mengakses atau menggunakan perkhidmatan dengan cara menipu atau mengelirukan, menghantar perisian hasad atau spam, menggodam atau memintasi sistem atau langkah perlindungan kami. Apabila kami mengindeks web untuk membawakan hasil carian anda, kami menghormati sekatan penggunaan standard yang ditentukan oleh pemilik laman web dalam kod laman web mereka, maka kami menghendaki perkara yang sama apabila orang lain menggunakan perkhidmatan kami

Syarat dan dasar tambahan khusus perkhidmatan kami memberikan butiran tambahan mengenai kelakuan tingkah laku yang sesuai and dan semua orang yang menguna menggunakan perkhidmatan ini itu perlu mematuhi butiran tambahan tersebut. Jika anda mendapati orang lain tidak mematuhi peraturan ini, banyak perkhidmatan kami membenarkan anda melaporkan penyalahgunaan. Jika kami bertindak terhadap laporan penyalahgunaan, kami juga memberikan menyediakan proses yang adil seperti yang diterangkan dalam bahagian Mengambil tindakan sekiranya berlaku masalah.

Kebenaran untuk menggunakan kandungan anda

Sesetengah perkhidmatan kami direka untuk membolehkan anda memuat naik, menyerahkan, menyimpan, menghantar, menerima atau berkongsi kandungan anda. Anda tiada kewajipan untuk menyediakan sebarang kandungan untuk perkhidmatan kami dan anda bebas untuk memilih kandungan yang mahu disediakan. Jika anda memilih untuk memuat naik atau berkongsi kandungan, sila pastikan anda memiliki hak yang sewajarnya untuk berbuat demikian dan memastikan kandungan tersebut sah di sisi undang-undang.

Lesen

Kandungan anda tetap menjadi milik anda, yang bermakna anda mengekalkan sebarang hak harta intelek yang anda miliki dalam kandungan anda. Sebagai contoh, anda mempunyai hak harta intelek dalam kandungan kreatif yang anda buat, seperti ulasan yang anda tulis. Atau anda mungkin mempunyai hak untuk berkongsi kandungan kreatif orang lain jika mereka telah memberikan kebenaran kepada anda.

Kami memerlukan kebenaran anda jika hak harta intelektual anda menyekat kami daripada menggunakan kandungan anda. Anda memberikan kebenaran tersebut kepada Google melalui lesen ini.

Perkara yang diliputi

Lesen ini meliputi kandungan anda jika kandungan itu dilindungi oleh hak harta intelek.

Perkara yang tidak dilindungi

  • Lesen ini tidak memberi kesan terhadap hak privasi anda — hanya memberi kesan terhadap hak harta intelektual anda
  • Lesen ini tidak meliputi jenis kandungan berikut:
    • maklumat fakta yang tersedia kepada umum yang anda berikan, seperti pembetulan alamat perniagaan setempat. Maklumat itu tidak memerlukan lesen kerana dianggap pengetahuan umum yang boleh digunakan dengan bebas oleh orang ramai.
    • maklum balas yang anda tawarkan, seperti cadangan untuk memperbaik perkhidmatan kami. Maklum balas dibincangkan dalam bahagian Komunikasi berkaitan perkhidmatan di bawah.
  • Lesen ini tidak meliputi jenis kandungan berikut:
    • maklumat fakta yang tersedia kepada umum yang anda berikan, seperti pembetulan alamat perniagaan setempat. Maklumat itu tidak memerlukan lesen kerana dianggap pengetahuan umum yang boleh digunakan dengan bebas oleh orang ramai.
    • maklum balas yang anda tawarkan, seperti cadangan untuk memperbaik perkhidmatan kami. Maklum balas dibincangkan dalam bahagian Komunikasi berkaitan perkhidmatan di bawah.

Skop

Lesen ini meliputi:

  • seluruh dunia, yang bermakna lesen ini sah di mana-mana di dunia
  • bukan eksklusif, yang bermakna anda boleh melesenkan kandungan anda kepada orang lain
  • secara bebas royalti, yang bermakna tidak ada yuran dalam bentuk wang bagi lesen ini.

Hak

Lesen ini membenarkan Google untuk:

  • mengehos, menghasilkan semula, menyampaikan dan menggunakan kandungan anda — contohnya, untuk menyimpan kandungan anda pada sistem kami dan menjadikan kandungan tersebut boleh diakses dari mana-mana sahaja tempat yang anda lawati
  • menerbitkan, melaksanakan secara terbuka, atau memaparkan kandungan anda kepada umum, jika anda telah menjadikan kandungan itu dapat dilihat oleh orang lain
  • mengubah suai dan membuat kerja terbitan berdasarkan kandungan anda, seperti memformatkan semula atau menterjemah
  • mensublesenkan hak ini untuk:
    • pengguna lain untuk membenarkan perkhidmatan berfungsi seperti yang direka, seperti membolehkan anda berkongsi foto dengan orang yang anda pilih
    • kontraktor kami yang telah menandatangani perjanjian dengan kami yang tekal dengan syarat ini, hanya untuk tujuan terhad yang dijelaskan dalam bahagian Tujuan di bawah
  • mensublesenkan hak ini untuk:
    • pengguna lain untuk membenarkan perkhidmatan berfungsi seperti yang direka, seperti membolehkan anda berkongsi foto dengan orang yang anda pilih
    • kontraktor kami yang telah menandatangani perjanjian dengan kami yang tekal dengan syarat ini, hanya untuk tujuan terhad yang dijelaskan dalam bahagian Tujuan di bawah

Tujuan

Lesen ini adalah untuk tujuan terhad:

  • mengendalikan dan memperbaik perkhidmatan, yang bermakna membenarkan perkhidmatan berfungsi seperti yang direka dan mencipta ciri serta fungsi baharu. Perkara ini termasuk menggunakan sistem dan algoritma automatik untuk menganalisis kandungan anda:
    • untuk spam, perisian hasad dan kandungan haram
    • untuk mengecam corak dalam data, seperti menentukan masa untuk mengesyorkan album baharu dalam Google Photos untuk menyimpan foto yang berkaitan dalam satu himpunan
    • untuk menyesuaikan perkhidmatan kami untuk anda, seperti menyediakan pengesyoran dan hasil carian, kandungan serta iklan yang diperibadikan (yang boleh anda ubah atau matikan dalam Tetapan Iklan)
    Analisis ini berlaku semasa kandungan dihantar, diterima dan apabila disimpan.
  • menggunakan kandungan yang telah anda kongsi kepada umum untuk mempromosikan perkhidmatan. Sebagai contoh, untuk mempromosikan apl Google, kami mungkin memetik ulasan yang anda tulis. Atau untuk mempromosikan Google Play, kami mungkin memaparkan tangkapan skrin apl yang anda tawarkan di Gedung Play.
  • membangunkan teknologi dan perkhidmatan baharu untuk Google yang tekal dengan syarat ini

Tempoh

Lesen ini sah selagi kandungan anda dilindungi oleh hak harta intelektual.

Jika anda menghapuskan apa-apa kandungan yang dilindungi oleh lesen ini daripada perkhidmatan kami, maka sistem kami akan berhenti menjadikan kandungan itu tersedia kepada umum dalam tempoh masa yang munasabah. Terdapat dua pengecualian:

  • Jika anda sudah berkongsi kandungan anda dengan orang lain sebelum menghapuskan kandungan tersebut. Contohnya, jika anda berkongsi foto dengan rakan yang kemudiannya membuat salinan atau mengongsi foto itu semula, maka foto itu boleh terus dipaparkan dalam Akaun Google rakan anda walaupun selepas anda mengalih keluar foto itu daripada Akaun Google anda.
  • Jika anda menjadikan kandungan anda tersedia melalui perkhidmatan syarikat lain, enjin carian, termasuk Carian Google Search, mungkin akan terus mencari dan memaparkan kandungan anda sebagai sebahagian daripada hasil carian mereka.

Menggunakan perkhidmatan Google

Akaun Google Anda

Jika anda memenuhi syarat umur ini anda boleh membuat Akaun Google Account untuk kemudahan anda. Sesetengah perkhidmatan menghendaki anda mempunyai Akaun Google Account untuk berfungsi — sebagai contoh, untuk menggunakan Gmail, anda memerlukan Akaun Google Account supaya anda mempunyai tempat untuk menghantar dan menerima e-mel anda.

Anda bertanggungjawab terhadap perkara yang anda lakukan dengan Akaun Google Account anda, termasuk mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan Akaun Google Account anda selamat, dan kami menggalakkan anda agar selalu menggunakan Pemeriksaan Keselamatan.

Menggunakan perkhidmatan Google bagi pihak organisasi atau perniagaan

Banyak organisasi, seperti perniagaan, organisasi bukan untung dan institusi pengajian, memanfaatkan perkhidmatan kami. Untuk menggunakan perkhidmatan kami bagi pihak organisasi:

  • wakil sah organisasi itu mesti bersetuju untuk menerima syarat ini
  • pentadbir organisasi anda mungkin memperuntukkan Akaun Google kepada anda. Pentadbir itu mungkin memerlukan anda mematuhi peraturan tambahan dan mungkin dapat mengakses atau melumpuhkan Akaun Google anda.

Untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda, kadangkala kami menghantar pengumuman perkhidmatan dan maklumat lain kepada anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara kami berkomunikasi dengan anda, lihat Dasar Privasi Google.

Jika anda memilih untuk memberikan maklum balas kepada kami, seperti cadangan untuk memperbaik perkhidmatan, kami mungkin bertindak atas maklum balas anda tanpa sebarang kewajipan kepada anda.

Kandungan dalam perkhidmatan Google

Kandungan anda

Sesetengah perkhidmatan kami memberi anda peluang untuk menjadikan kandungan anda tersedia kepada umum — contohnya, anda mungkin menyiarkan ulasan produk atau restoran yang anda tulis, atau anda mungkin memuat naik catatan blog yang anda buat.

Jika anda berpendapat seseorang melanggar hak harta intelektual anda, anda boleh menghantar notis kepada kami tentang pelanggaran tersebut dan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Contohnya, kami menggantung atau menutup Akaun Google pelanggar hak cipta berulang seperti yang dijelaskan dalam Pusat Bantuan Hak Cipta kami.

Kandungan Google

Sesetengah perkhidmatan kami merangkumi kandungan yang dimiliki oleh Google — contohnya, kebanyakan ilustrasi visual yang anda lihat dalam Peta Google Maps. Anda boleh menggunakan kandungan Google seperti yang dibenarkan oleh syarat ini dan mana-mana syarat tambahan khusus perkhidmatan, tetapi kami mengekalkan sebarang hak harta intelek yang kami miliki dalam kandungan kami. Jangan alih keluar, selindungi atau ubah mana-mana penjenamaan, logo, atau notis undang-undang kami. Jika anda ingin menggunakan penjenamaan atau logo kami, sila lihat halaman Kebenaran Jenama Google.

Kandungan lain

Akhir sekali, sesetengah perkhidmatan kami memberi anda akses kepada kandungan yang dimiliki oleh orang atau organisasi lain — contohnya, perihalan pemilik kedai tentang perniagaan mereka sendiri atau artikel akhbar yang dipaparkan dalam Google News. Anda tidak boleh menggunakan kandungan ini tanpa kebenaran orang atau organisasi itu, atau kecuali dibenarkan oleh undang-undang. Pendapat yang diutarakan dalam kandungan milik orang atau organisasi lain ialah pendapat mereka dan tidak semestinya menggambarkan pendapat Google.

Perisian dalam perkhidmatan Google

Sesetengah perkhidmatan kami merangkumi perisian boleh dimuat turun. Kami memberi anda kebenaran untuk menggunakan perisian itu sebagai sebahagian daripada perkhidmatan.

Lesen yang kami berikan kepada anda adalah berciri:

  • boleh digunakan di seluruh dunia, yang bermakna lesen ini sah di mana-mana sahaja di dunia
  • bukan eksklusif, yang bermakna kami boleh melesenkan perisian kepada orang lain
  • bebas royalti, yang bermakna tidak ada yuran dalam bentuk wang bagi lesen ini
  • peribadi, yang bermakna lesen ini tidak boleh dikongsikan kepada orang lain
  • tidak boleh diserahkan hak, yang bermakna anda tidak dibenarkan menyerahkan hak anda ke atas lesen ini kepada orang lain

Sesetengah perkhidmatan kami merangkumi perisian yang ditawarkan di bawah syarat lesen sumber terbuka yang kami jadikan tersedia kepada anda. Kadangkala terdapat peruntukan dalam lesen sumber terbuka yang membatalkan beberapa bahagian syarat ini dengan jelas. Oleh itu, pastikan anda membaca lesen tersebut.

Anda tidak boleh menyalin, mengubah suai, mengedar, menjual atau menyewakan mana-mana bahagian perkhidmatan atau perisian kami. Anda juga tidak boleh membuat kejuruteraan balikan atau cuba mengekstrak mana-mana kod sumber kami melainkan anda mendapat kebenaran bertulis daripada kami atau undang-undang yang berkenaan membenarkan anda berbuat begitu.

Apabila suatu perkhidmatan memerlukan atau termasuk perisian yang boleh dimuat turun, kadangkala perisian itu dikemas kini secara automatik pada peranti anda sebaik sahaja versi atau ciri baharu tersedia. Sesetengah perkhidmatan membenarkan anda melaraskan tetapan kemas kini automatik anda.

Sekiranya timbul masalah atau perselisihan

Mengikut undang-undang, anda mempunyai hak untuk mendapatkan (1) kualiti perkhidmatan tertentu, dan (2) cara untuk menyelesaikan masalah sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Syarat ini tidak mengehadkan atau menghapuskan mana-mana hak tersebut. Sebagai contoh, jika anda seorang pengguna, maka anda akan terus menikmati semua hak perundangan yang diberikan pengguna di negara anda di bawah undang-undang yang dikenakan.

Waranti

Kami menyediakan perkhidmatan kami menggunakan kemahiran dan penjagaan yang munasabah. Jika kami tidak memenuhi tahap kualiti yang diterangkan dalam jaminan ini, anda bersetuju untuk memberitahu kami dan kami akan bekerjasama dengan anda untuk menyelesaikan isu tersebut.

Penafian jaminan

Satu-satunya komitmen yang Reputasi kami buat mengenai perkhidmatan kami (termasuklah kandungan dalam dibentuk melalui penyediaan perkhidmatan, fungsi khusus yang berguna dan andal, seperti Google Search dan Maps, dan kami memperbaik perkhidmatan kami, atau kebolehpercayaan, ketersediaan atau keupayaan secara berterusan untuk memenuhi keperluan anda) (1) diterangkan dalam bahagian Jaminan, (2). Walau bagaimanapun, untuk tujuan undang-undang, kami menawarkan perkhidmatan tanpa jaminan melainkan dinyatakan dengan jelas dalam syarat tambahan khusus perkhidmatan, atau (3) diperuntukkan di bawah undang kami. Undang-undang menghendaki kami menerangkan perkara ini menggunakan bahasa perundangan khusus dan kami menggunakan huruf besar bagi membantu untuk memastikan anda melihat perkara ini, seperti yang berkenaan. Kami tidak membuat sebarang komitmen lain mengenai perkhidmatan kami. berikut:

Selain itu, melainkan dikehendaki oleh undang-undang, kami tidak memberikan waranti tersirat, seperti waranti tersirat kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan bukan pelanggaran.

SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN, KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KAMI “SEPERTI ADANYA” TANPA SEBARANG JAMINAN TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK JAMINAN YANG TERSIRAT BERHUBUNG KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN BUKAN PELANGGARAN. CONTOHNYA, KAMI TIDAK MEMBUAT SEBARANG JAMINAN TENTANG KANDUNGAN ATAU CIRI PERKHIDMATAN, TERMASUK KETEPATAN, KEANDALAN, KETERSEDIAAN ATAU KEUPAYAANNYA UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN ANDA.

Liabiliti

Untuk semua pengguna

Undang-undang dan syarat ini kedua-duanya cuba mencari keseimbangan tentang perkara yang boleh anda atau Google tuntut daripada satu sama lain sekiranya terdapat masalah. Itulah sebabnya undang-undang membenarkan kami mengehadkan liabiliti tertentu — tetapi bukan yang lain — di bawah syarat ini.

Syarat ini hanya mengehadkan tanggungjawab kami seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Secara khususnya, syarat Syarat ini tidak mengehadkan liabiliti Google liabiliti bagi kematian atau kecederaan peribadi, penipuan, salah nyataan berunsur penipuan, kecuaian kasar, melampau atau salah laku yang disengajakan.

Selain hak dan tanggungjawab yang dijelaskan dalam bahagian ini (Sekiranya berlaku masalah atau percanggahan pendapat), Google tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian lain, melainkan kerugian tersebut disebabkan oleh pelanggaran syarat ini atau syarat tambahan khusus perkhidmatan oleh pihak kami.

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan:

  • Google hanya bertanggungjawab bagi pelanggaran syarat ini atau syarat tambahan khusus perkhidmatan yang berkenaan
  • Google tidak bertanggungjawab bagi:
    • kehilangan keuntungan, hasil, peluang perniagaan, muhibah atau penjimatan yang dijangkakan
    • kerugian tidak langsung atau turutan
    • ganti rugi punitif
  • Jumlah liabiliti Google yang timbul daripada atau berkaitan dengan syarat ini adalah terhad kepada (1) $200 atau (2) yuran yang dibayar untuk menggunakan perkhidmatan yang berkaitan sepanjang 12 bulan sebelum pelanggaran berlaku, mana-mana nilai yang lebih besar

Untuk pengguna perniagaan dan organisasi sahaja

Jika anda ialah pengguna perniagaan atau organisasi, maka setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang dilaksanakan:

  • Anda Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, anda akan melindungi Google dan para pengarah, pegawai, kakitangan serta kontraktor Google, dan kontraktornya daripada sebarang prosiding undang-undang pihak ketiga (termasuk tindakan oleh pihak berkuasa kerajaan) yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan oleh anda yang menyalahi undang-undang terhadap perkhidmatan atau pelanggaran syarat ini atau syarat tambahan khusus perkhidmatan. Perlindungan ini meliputi sebarang liabiliti atau perbelanjaan yang timbul daripada tuntutan, kerugian, kerosakan, penghakiman, denda, kos litigasi dan yuran guaman.
  • Google tidak akan bertanggungjawab terhadap liabiliti berikut:
    • kehilangan keuntungan, hasil, peluang perniagaan, muhibah, atau penjimatan yang dijangkakan
    • kerugian tidak langsung atau turutan
    • ganti rugi punitif
  • Jumlah liabiliti Google yang timbul daripada atau berkaitan dengan syarat ini adalah terhad pada (1) US$500 atau (2) 125% daripada yuran yang anda bayar untuk menggunakan perkhidmatan yang berkaitan sepanjang 12 bulan sebelum pelanggaran berlaku, mana-mana nilai yang lebih besar.
  • Jika anda dikecualikan dari sisi undang-undang daripada tanggungjawab tertentu, termasuk perlindungan, maka tanggungjawab tersebut tidak dikenakan kepada anda di bawah syarat ini. Sebagai contoh, Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai kekebalan tertentu terhadap kewajipan undang-undang dan syarat ini tidak membatalkan kekebalan tersebut.

Jika anda dikecualikan dari sisi undang-undang daripada tanggungjawab tertentu, termasuk perlindungan, maka tanggungjawab tersebut tidak dikenakan kepada anda di bawah syarat ini. Sebagai contoh, Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai kekebalan tertentu terhadap kewajipan undang-undang dan syarat ini tidak membatalkan kekebalan tersebut.

Mengambil tindakan sekiranya berlaku masalah

Sebelum mengambil tindakan seperti yang diterangkan di bawah, kami akan memberi anda notis awal jika wajar apabila semunasabahnya mungkin, menjelaskan sebab tindakan kami dan memberi anda peluang untuk menyelesaikan masalah tersebut, melainkan kami percaya secara munasabah bahawa tindakan demikian akan:

  • mengakibatkan kemudaratan atau liabiliti kepada pengguna, pihak ketiga, atau Google
  • melanggar undang-undang atau perintah pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang
  • menjejaskan penyiasatan
  • menjejaskan operasi, integriti, atau keselamatan perkhidmatan kami

Menghapuskan kandungan anda

Jika kami percaya sewajarnya bahawa mana-mana kandungan anda (1) melanggar syarat ini, syarat atau dasar tambahan khusus perkhidmatan atau dasar, (2) melanggar undang-undang yang dilaksanakan berkenaan, atau (3) boleh memudaratkan pengguna kami, pihak ketiga atau Google, maka kami berhak untuk mengeluarkan sebahagian daripada atau kesemua semua kandungan tersebut menurut undang-undang yang dilaksanakan. Contohnya berkenaan. Contoh termasuk pornografi kanak-kanak, kandungan yang memudahkan pemerdagangan manusia atau gangguan, kandungan pengganas dan kandungan yang melanggar hak harta intelek orang lain.

Menggantung atau menamatkan akses anda kepada perkhidmatan Google

Google berhak menggantung atau menamatkan akses anda kepada perkhidmatan atau memadamkan Akaun Google anda jika berlaku mana-mana perkara berikut:

  • anda secara ketara atau berulang kali melanggar syarat ini, dasar atau syarat tambahan khusus perkhidmatan
  • kami dikehendaki berbuat demikian demi mematuhi keperluan undang-undang atau perintah mahkamah
  • kami percaya sewajarnya bahawa tingkah laku anda menyebabkan kemudaratan atau liabiliti kepada pengguna, pihak ketiga atau Google — contohnya, dengan menggodam, memancing data, mengganggu, menghantar spam, memperdayakan orang lain atau mengikis kandungan yang bukan milik anda

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sebab kami melumpuhkan akaun dan perkara yang berlaku apabila kami mengambil tindakan tersebut, lihat halaman Pusat Bantuan ini. Jika anda percaya Akaun Google Account anda telah tersalah digantung atau ditamatkan secara salah, anda boleh membuat rayuan.

Sudah semestinya anda bebas untuk berhenti menggunakan perkhidmatan kami pada bila-bila masa. Jika anda berhenti menggunakan perkhidmatan, kami ingin mengetahui sebab tindakan itu supaya kami dapat memperbaik perkhidmatan kami secara berterusan.

Menyelesaikan pertikaian, undang-undang pentadbiran, dan mahkamah

Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara menghubungi Google, sila melawat halaman hubungan kami.

Undang-undang California akan mentadbir semua pertikaian yang timbul daripada atau berhubung syarat ini, syarat tambahan khusus perkhidmatan, atau sebarang perkhidmatan yang berkaitan, tanpa mengira peraturan percanggahan undang-undang. Pertikaian ini akan diselesaikan secara eksklusif di mahkamah persekutuan atau negeri Kaunti Santa Clara, California, Amerika Syarikat, dan anda dan Google mengizinkan bidang kuasa persendirian dalam mahkamah tersebut.

Setakat undang-undang tempatan yang dikenakan menghalang pertikaian ini diselesaikan di mahkamah California, anda boleh memfailkan pertikaian tertentu di mahkamah tempatan anda. Begitu juga, jika undang-undang tempatan yang dapat dikenakan menghalang mahkamah tempatan daripada menggunakan undang-undang California untuk menyelesaikan pertikaian tersebut, maka pertikaian ini akan dikawal oleh undang-undang tempatan yang dapat dikenakan bagi negara, negeri atau tempat tinggal anda yang lain.

Perihal syarat ini

Menurut undang-undang, anda mempunyai hak tertentu yang tidak boleh dihadkan oleh kontrak seperti syarat perkhidmatan ini. Syarat ini tidak bertujuan sama sekali untuk mengehadkan hak tersebut.

Syarat ini menjelaskan hubungan antara anda dengan Google. Syarat ini tidak mewujudkan sebarang hak undang-undang untuk orang atau organisasi lain, walaupun pihak lain mendapat manfaat daripada hubungan antara anda dengan Google menurut syarat ini.

Kami ingin menjadikan syarat ini mudah difahami. Oleh itu, kami telah menggunakan contoh daripada perkhidmatan kami. Akan tetapi, tidak semua perkhidmatan yang disebut mungkin tersedia di negara anda.

Jika terdapat percanggahan antara syarat ini dengan syarat tambahan khusus perkhidmatan, syarat tambahan akan diutamakan untuk perkhidmatan tersebut.

Jika didapati syarat tertentu tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, hal ini tidak akan menjejaskan mana-mana syarat yang lain.

Jika anda tidak mematuhi syarat ini atau syarat tambahan khusus perkhidmatan, dan kami tidak mengambil tindakan dengan serta-merta, ini tidak bermakna kami menyerahkan mana-mana hak yang kami miliki, seperti mengambil tindakan pada masa hadapan.

Kami mungkin mengemas kini syarat ini dan syarat tambahan khusus perkhidmatan (1) untuk menggambarkan perubahan dalam perkhidmatan kami atau cara kami mengendalikan perniagaan — contohnya, apabila kami menambahkan perkhidmatan, ciri, teknologi, harga atau faedah baharu (atau menghentikan yang lama), (2) atas sebab undang-undang, kawal selia atau keselamatan, atau (3) untuk menghalang penyalahgunaan atau kemudaratan.

Jika kami membuat perubahan penting kepada syarat ini atau syarat tambahan khusus perkhidmatan, kami akan memberi anda notis awal yang munasabah dan peluang untuk menyemak perubahan tersebut, kecuali (1) apabila kami melancarkan perkhidmatan atau ciri baharu, atau (2) dalam keadaan yang terdesak, seperti menghalang penyalahgunaan yang berterusan atau bertindak atas keperluan undang-undang. Jika anda tidak bersetuju menerima syarat yang baharu, anda harus menghapuskan kandungan anda dan berhenti menggunakan perkhidmatan tersebut. Anda juga boleh menamatkan hubungan anda dengan kami pada bila-bila masa dengan menutup Akaun Google anda.

Takrif

anggota gabungan

Entiti yang dimiliki oleh kumpulan syarikat Google, yang bermakna Google LLC dan anak syarikatnya, termasuk syarikat-syarikat yang berikut yang menyediakan perkhidmatan pengguna di EU: Google Ireland Limited, Google Commerce Ltd, dan Google Dialer Inc.

cap dagangan

Simbol, nama dan imej yang digunakan dalam perdagangan yang berupaya untuk membezakan barangan atau perkhidmatan orang perseorangan atau organisasi daripada yang dimiliki oleh orang atau organisasi lain.

Hak perundangan yang membolehkan pencipta karya asal (seperti catatan blog, foto, atau video) menentukan sama ada jika dan cara karya asal itu boleh digunakan oleh orang lain, tertakluk pada had dan pengecualian tertentu (seperti “penggunaan saksama” dan “urus niaga saksama”).

hak harta intelektual (hak IP)

Hak atas ciptaan daripada minda seseorang, seperti reka cipta (hak paten); karya kesusasteraan dan seni (hak cipta); reka bentuk (hak reka bentuk); dan simbol, nama serta imej yang digunakan dalam perdagangan (cap dagangan). Hak IP mungkin milik anda, individu lain atau organisasi.

jaminan

Jaminan bahawa produk atau perkhidmatan akan memberikan prestasi pada tahap tertentu.

kandungan anda

Perkara Bahan digital yang anda tulis buat, muat naik, serah, simpan, hantar, terima atau kongsi dengan Google menggunakan perkhidmatan kami, seperti:

  • Documents Docs, Sheets dan Slides yang anda buat
  • catatan blog yang anda muat naik melalui Blogger
  • ulasan yang anda serahkan melalui Peta Maps
  • video yang anda simpan dalam Drive
  • e-mel yang anda hantar dan terima melalui Gmail
  • gambar yang anda kongsi dengan rakan melalui Photos
  • jadual perjalanan yang anda kongsi dengan Google

liabiliti

Kerugian daripada sebarang jenis tuntutan perundangan, sama ada tuntutan itu berdasarkan kontrak, tort (termasuk kecuaian), atau sebab lain, dan tidak kira sama ada kerugian itu boleh dijangkakan atau diramalkan atau tidak.

melindungi atau perlindungan

Kewajipan kontrak orang perseorangan atau organisasi untuk memberikan pampasan bagi kerugian yang ditanggung oleh orang atau organisasi lain akibat daripada prosiding undang-undang seperti tuntutan mahkamah.

organisasi

Entiti sah (seperti perbadanan, organisasi bukan untung, atau sekolah) dan bukan individu.

penafian

Pernyataan yang mengehadkan tanggungjawab perundangan seseorang.

pengguna

Individu yang menggunakan perkhidmatan Google untuk tujuan peribadi dan bukan komersial di luar skop perdagangan, perniagaan, kemahiran atau pekerjaan mereka. (Lihat pengguna perniagaan)

pengguna perniagaan

Individu atau entiti yang bukan pengguna (lihat pengguna).

Peraturan Platform kepada Perniagaan EU

Peraturan (EU) 2019/1150 berkenaan menggalakkan kesaksamaan dan ketelusan untuk perniagaan yang menggunakan perkhidmatan perantaraan dalam talian.

perkhidmatan

Perkhidmatan Google yang tertakluk pada syarat ini ialah produk dan perkhidmatan yang disenaraikan pada https://policies.google.com/terms/service-specific, termasuk:

  • Apl apl dan tapak Google laman (seperti Carian Search dan Peta Maps)
  • platform (seperti Google Play Shopping)
  • perkhidmatan bersepadu (seperti Peta Maps yang dibenamkan dalam apl atau tapak syarikat lain)
  • peranti dan barangan lain (seperti Google Home Nest)

Kebanyakan perkhidmatan ini juga termasuk kandungan yang boleh anda strim atau berinteraksi.

Dibuka dalam tab baharu(buka nota kaki)